TARIKH      : 27 SEPT 2019

 MASA        : 8.00 - 1.00 PETANG

 LOKASI     : PUSAT INTERNET KG TEMBILA 

 PESERTA  : 160 ORANG

 

20190927 121750

 

 

TUJUAN

Memupuk semangat muhibah antara petugas dengan komuniti setempat. Selain itu, menitik berat tentang gaya hidup dan cara pemakan yang sihat agar lebih efektik, sihat, bersemangat dan bertenaga.

 

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan acara senam earobik yang diketuai oleh Dr Marlina dan pasukan dari Klinik Kesihatan Seri Medang, seterusnya cara diteruskan dengan aktviti gosok gigi bersama tabika kemas Kg Tembila dengan demo cara gosok gigi yang betul diketuai oleh DR Asmah dan pasukan. Antara pertandingan yang disediakan adalah Pertandingan Master Chef, memuatnaik gambar produk usahawan paling banyak - MY SHOP, mengarang artikel - MY KOMUNITI yang bertajuk PI dihatiku dan kuiz ICT kesihatan - Kahoot. Selain itu, kelas dan bengkel juga turut dijalankan iaitu kelas mengait benang, asas membuat RESUME dan pengenalan komputer. Taklimat advokasi seperti Aduan & Maklumat Palsu, Penipuan kewangan, E-waste dan Klik Dengan Bijak juga turut diberikan kepada komuniti yang hadir bagi mengetahui perkembangan terkini penggunaan internet agar lebih berhati-hati semasa membuat sebarang transaksi. Taklimat dari agensi-agensi yang hadir juga turut dikongsi bersama dengan komuniti setempat agar lebih mengetahui walau apa jua sekalipun. Bagi memeriahkan lagi program ini, pelbagai acara sukaneka disertakan, antaranya ialah Ikat Kaki, Tiup Belon, Musical Chair dan Lontaran Kasih. Pelbagai aktiviti dan pertandingan yang disediakan mengikut kategori komuniti yang terlibat iatu dewasa, ibubapa, belia, kanak-kanak dan lain-lain. Program bermula dari jam 8.00pagi sehingga 1.00petang dan diakhiri dengan penyampaian hadiah dan dirasmikan oleh Dr Marlina.

 

Gambar disini


 

TARIKH      : 21 SEPT 2019

 MASA        : 2.30 - 3.30 PETANG

 LOKASI     : PUSAT INTERNET KG TEMBILA 

 PESERTA  : 2 ORANG

 

70526721 673088696508141 5096105277980147712 n

 

TUJUAN

Memberi pendedahan kepada pelajar agar sentiasa mengikuti perkembangan teknologi ICT masa kini.

 

AKTIVITI

Peserta diberi tunjuk ajar cara penggunaan carian Google Maps bagi membantu tugasan persekolahan mereka. Mereka juga diajar cara membuat pendaftaran email bagi yang belum mempunyai email dan cara melampirkan dokumen melalui email. Peserta seramai 2 orang dan merupakan pelajar sekolah menengah.

 

Gambar disini


 

 

TARIKH      : 17 SEPT 2019

 MASA        : 2.30-3.30 PETANG

 LOKASI     : PUSAT INTERNET KG TEMBILA 

 PESERTA  : 3 ORANG

 

70900629 520217658728615 360800114974916608 n

 

TUJUAN

Meahirkan komuniti yang celik dalam penggunaan komputer dan mahir dalam penggunaan Microsoft Word.

 

AKTIVITI

Memberi tunjuk ajar kepada peserta dalam penggunaan Microsoft Word iaitu membuat 'row dan colum',dan cara menaip surat rasmi dengan format yang betul. Peserta juga diajar cara membuat cetakan dari laman web dengan teknik dan cara yang betul.

 

Gambar disini


 

 

 

TARIKH      : 19 SEPT 2019

 MASA        : 9.30 - 11.00 PAGI

 LOKASI     : PUSAT INTERNET KG TEMBILA 

 PESERTA  : 50 ORANG

 

70285776 2323301784599131 6576810728043315200 n

 

TUJUAN

Memperkenalkan PI dan kemudahan yang disediakan di PI Kg Jabi kepada komuniti dan memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai perkomputeran.

 

AKTIVITI

Memberi taklimat Klik Dengan Bijak(KDB) iaitu mengenai Perlindungan Data Peribadi agar tidak diceroboh oleh pihak luar tanpa kita sedar dalam melakukan transaksi harian. Selain itu, kanak-kanak tabika juga diberi tayangan pembelajaran berbentuk video. Mereka juga diajar cara membuat mewarna secara atas talian dengan menggunakan komputer dan internet. Peserta kanak-kanak seramai 43 orang manakala guru pengiring dan pembantu seramai 7orang.

 

Gambar disini


 

 

 

TARIKH      : 14 SEPT 2019

 MASA        : 10.30PAGI - 12.30 TENGAHARI

 LOKASI     : PUSAT INTERNET KG TEMBILA 

 PESERTA  : 15 ORANG

 

70423724 391490541785651 4236917269646540800 n

 

TUJUAN

Membentuk sahsiah diri dan melahirkan pengguna yang mahir dalam bidang mengait bagi memberi ruang dan peluang kepada mereka.

 

AKTIVITI

Peserta terdiri daripada golongan wanita, ibu-ibu dan suri rumah, mereka berpeluang mempelajari teknik mengait benang untuk key chin. Mereka diajar oleh Pn. Norasiah Talib yang merupakan usahawan kait. Aktiviti ini boleh menjana pendapatan buat mereka sekiranya mereka komited dan bersungguh-sungguh.

 

Gambar disini