TARIKH      : 15 & 18 OKT 2019

 MASA        : 9.30 - 11.30 PAGI

 LOKASI     : PUSAT INTERNET KG TEMBILA 

 PESERTA  : 6 ORANG

 

WhatsApp Image 2019 10 18 at 09.11.02

 

TUJUAN

Mempromosi kemudahan PI kepada komuniti setempat.

 

AKTIVITI

Peserta menjawab soalan peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Mereka diberi ruang dan komputer yang selesa untuk menduduki peperiksaan.

 

Gambar disini


 

TARIKH      : 09 & 18 OKT 2019

 MASA        : 2.00 - 4.00 PETANG

 LOKASI     : PUSAT INTERNET KG TEMBILA 

 PESERTA  : 4 ORANG

 

WhatsApp Image 2019 10 09 at 15.27.32 1

 

TUJUAN

Melahirkan pelajar yang mahir dalam penggunaan komputer dan internet.

 

AKTIVITI

Peserta memuatturun gambar dan audio untuk tugasan pembelajaran dan mereka juga diberi tunjuk ajar cara memuatturun dan mencetak terus dari laman web.

 

Gambar disini


 

TARIKH      : 27 SEPT 2019

 MASA        : 8.00 - 1.00 PETANG

 LOKASI     : PUSAT INTERNET KG TEMBILA 

 PESERTA  : 160 ORANG

 

20190927 121750

 

 

TUJUAN

Memupuk semangat muhibah antara petugas dengan komuniti setempat. Selain itu, menitik berat tentang gaya hidup dan cara pemakan yang sihat agar lebih efektik, sihat, bersemangat dan bertenaga.

 

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan acara senam earobik yang diketuai oleh Dr Marlina dan pasukan dari Klinik Kesihatan Seri Medang, seterusnya cara diteruskan dengan aktviti gosok gigi bersama tabika kemas Kg Tembila dengan demo cara gosok gigi yang betul diketuai oleh DR Asmah dan pasukan. Antara pertandingan yang disediakan adalah Pertandingan Master Chef, memuatnaik gambar produk usahawan paling banyak - MY SHOP, mengarang artikel - MY KOMUNITI yang bertajuk PI dihatiku dan kuiz ICT kesihatan - Kahoot. Selain itu, kelas dan bengkel juga turut dijalankan iaitu kelas mengait benang, asas membuat RESUME dan pengenalan komputer. Taklimat advokasi seperti Aduan & Maklumat Palsu, Penipuan kewangan, E-waste dan Klik Dengan Bijak juga turut diberikan kepada komuniti yang hadir bagi mengetahui perkembangan terkini penggunaan internet agar lebih berhati-hati semasa membuat sebarang transaksi. Taklimat dari agensi-agensi yang hadir juga turut dikongsi bersama dengan komuniti setempat agar lebih mengetahui walau apa jua sekalipun. Bagi memeriahkan lagi program ini, pelbagai acara sukaneka disertakan, antaranya ialah Ikat Kaki, Tiup Belon, Musical Chair dan Lontaran Kasih. Pelbagai aktiviti dan pertandingan yang disediakan mengikut kategori komuniti yang terlibat iatu dewasa, ibubapa, belia, kanak-kanak dan lain-lain. Program bermula dari jam 8.00pagi sehingga 1.00petang dan diakhiri dengan penyampaian hadiah dan dirasmikan oleh Dr Marlina.

 

Gambar disini


 

TARIKH      : 05 OKT 2019

 MASA        : 3.00 - 4.00 PETANG

 LOKASI     : PUSAT INTERNET KG TEMBILA 

 PESERTA  : 4 ORANG

 

71499086 399201351002120 8607107932833710080 n

 

TUJUAN

Untuk melahirkan pelajar yang berwawasan tinggi dan cerdik pandai dalam pembelajaran dengan menggunakan kemudahan ICT dan teknologi yang disediakan.

 

AKTIVITI

Peserta mencari bahan artikel untuk pembelajaran dan menggunakan email untuk melampirkan dokumen. Petugas memberi tunjuk ajar cara mencari bahan artikel yang terbaik dan juga cara penggunaan akaun Gmail.

 

Gambar disini


 

 

 

TARIKH      : 21 SEPT 2019

 MASA        : 2.30 - 3.30 PETANG

 LOKASI     : PUSAT INTERNET KG TEMBILA 

 PESERTA  : 2 ORANG

 

70526721 673088696508141 5096105277980147712 n

 

TUJUAN

Memberi pendedahan kepada pelajar agar sentiasa mengikuti perkembangan teknologi ICT masa kini.

 

AKTIVITI

Peserta diberi tunjuk ajar cara penggunaan carian Google Maps bagi membantu tugasan persekolahan mereka. Mereka juga diajar cara membuat pendaftaran email bagi yang belum mempunyai email dan cara melampirkan dokumen melalui email. Peserta seramai 2 orang dan merupakan pelajar sekolah menengah.

 

Gambar disini