TARIKH     : 18 MEI 2019

MASA        : 2.30 - 4.30 PETANG

LOKASI     : PUSAT INTERNET KG TEMBILA 

PESERTA  : 10 ORANG 

 

IMG 3529

 

TUJUAN

Mempromosi Dashboard Komuniti kepada pengunjung dan mempraktikkan penggunaan modul Dashboard Komuniti.

 

AKTIVITI

Mempelajari modul My Place dengan carian tempat-tempat menarik disekitar kawasan berdekatan dengan Pusat Internet. Selain tempat- tempat menarik, kemudahan awam, makanan yang menjadi tarikan dan pilihan orang ramai dan kemudahan hospitaliti yang disediakan turut dinyatakan dalam My Place bagi mengwar-warkan kemudahan yang terdapat dikampung ini bagi menggalakkan orang ramai datang memeriahkan lagi suasana dan industri pelancongan.

 

Gambar Disini


 

TARIKH     : 17 MEI 2019

MASA        : 10.00PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI     : PUSAT INTERNET KG TEMBILA 

PESERTA  : 8 ORANG 

 

IMG 3505

 

TUJUAN

Memberi pendedahan kepada pengunjung agar berhati-berhati ketika membuat setiap klik di internet agar mereka tidak melakukan sebarang kesalahan dalam penggunaan internet dan mematuhi peraturan penggunaan etika internet.

 

AKTIVITI

Mereka diberi penerangan apa itu Klik Dengan Bijak dan mempelajari etika penggunaan internet. Selain itu mereka juga turut diserta dengan taklimat ringkas melalui video-video seperti Grooming 'Online, Bully Cyber' dan lain-lain yang beretika ketika penggunaan internet.

Gambar Disini


 

TARIKH     : 12 MEI 2019

MASA        : 10.00 PAGI - 11.00 PAGI

LOKASI     : PUSAT INTERNET KG TEMBILA 

PESERTA  : 3 ORANG 

 

WhatsApp Image 2019 05 12 at 14.52.46 1

 

TUJUAN

Memberi peluang kepada pengunjung untuk membuat permohonan secara atas talian dengan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk melahirkan pengguna yang celik it dan berpengetahuan luas tentang dunia perkomputeran dan internet.

 

AKTIVITI

Memberi tunjuk ajar kepada peserta cara menggunakan internet dalam pengisian borang secara atas talian. Peserta juga turut diberitahui kemudahan dan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk manfaatkan bagi yang berkelayakan dalam pengisian borang. Selain itu, mereka juga diajar cara mengisi borang dengan maklumat yang lengkap dan cara memuatnaik dokumen untuk melengkapkan borang yang dipohon.

 

Gambar Disini


 

 

TARIKH     : 12 MEI 2019

MASA        : 3.00 PETANG - 4.00 PETANG

LOKASI     : PUSAT INTERNET KG TEMBILA 

PESERTA  : 2 ORANG 

 

60104820 350039215869480 1768262444062343168 n

 

TUJUAN

Mendedahkan pelajar dengan penggunaan email dalam kehidupan seharian. Menggalakkan pelajar celik it dan berpegetahuan luas dunia perkomputeran dan internet.

 

AKTIVITI

Pelajar diajar cara membuat pendaftaran akaun Gmail bagi memudahkan urusan kerja sekolah dan tugasan hakiki mereka dengan adanya email peribadi. Mereka juga diajar cara memuatnaik dokumen dan gambar untuk dilampirkan bersama dalam penggunaan email. Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

 

Gambar Disini


 

 

 

TARIKH     : 02 MEI 2019

MASA        : 3.30 PETANG - 4.30 PETANG

LOKASI     : PUSAT INTERNET KG TEMBILA 

PESERTA  : 20 ORANG 

 

TUJUAN

Menggalakkan pelajar untuk menceburi kelas komputer dengan mempelajari pelbagai pengetahuan selok belok tentang penggunaan komputer selain penggunaan internet. Selain itu ,turut mempromosi Dashboard Komuniti.

 

AKTIVITI

Pelajar yang terlibat seramai 20 orang bagi melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diajar cara membuat poster menggunakan Microsoft Publisher dan memuatnaik poster tersebut ke dalam My Komuniti - Dashboard Komuniti(DK). Mereka juga turut jelaskan tentang penggunaan modul DK dan memperaktikkan modul ini.

 

Gambar Disini