AKTIVITI : KUIZ KAHOOT IT

TARIKH : 12 APRIL 2019

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 5 ORANG 

 

Tujuan

Tujuan kelas E-pembelajaran kuiz ini diadakan adalah untuk menarik minat peserta dalam menggunakan dan menguasai teknologi maklumat seperti penggunaan komputer dan laman web.

 

Aktiviti

Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Petugas PI menerangkan peraturan dan cara menyertai kuiz tersebut. Peserta perlu menjawab soalan yang berkaitan PI menerusi komputer masing-masing dengan pantas dan tepat. Peserta seronok dapat menyertai aktiviti seperti ini dan berharap agar aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : PENDEDAHAN KLIK DENGAN BIJAK

TARIKH : 8 APRIL 2019

MASA : 4.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 10 ORANG 

 

Tujuan

Tujuan kelas KDB ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan berkenaan Klik Dengan Bijak kepada pelajar luar bandar serta dapat menyebarkan kepada masyarakat setempat.

 

Aktiviti

Petugas PI menerangan konsep dan kepentingan KDB melalui tayangan video dan slide ringkas. Peserta yang terlibat merupakan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : PENDAFTARAN PERSEKOLAHAN SECARA ATAS TALIAN

TARIKH : 8 APRIL 2019

MASA : 10.00 PAGI - 11.00 PAGI

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 1 ORANG 

 

Tujuan

Tujuan kelas ini adalah supaya masyarakat luar bandar mampu untuk melakukan sebarang urusan yang melibatkan atas talian seperti pendaftaran persekolahan tersebut.

 

Aktiviti

Petugas PI membantu dan memberi tunjuk ajar kepada peserta dalam melengkapkan proses pendaftaran tersebut.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : TUTORIAL MATEMATIK

TARIKH : 7 APRIL 2019

MASA : 4.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 2 ORANG 

 

Tujuan

Untuk membantu pelajar luar bandar meningkatkan kemahiran dalam bidang akademik.

 

Aktiviti

Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Peserta dibantu oleh petugas PI dalam menyelesaikan soalan yang sukar.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : MICROSOFT POWERPOINT FOR BEGINNER

TARIKH : 4 APRIL 2019

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 10 ORANG 

 

Tujuan

Untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan perisian tersebut. Di samping itu, dapat mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI seperti kelas IT percuma kepada ahli yang berdaftar.

 

Aktiviti

Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Peserta diberi penerangan serta contoh untuk menggunakan perisian tersebut oleh petugas PI. selain itu, peserta dapat mempelajari cara-cara untuk memuat turun gambar daripada laman internet untuk dijadikan bahan pelajaran Microsoft Powerpoint.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : MARI BELAJAR MENAIP

TARIKH : 3 APRIL 2019

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 10 ORANG 

 

Tujuan

Untuk meningkatkan tahap kemahiran peserta dalam penggunaan Microsoft Word seperti menaip dan cara - cara asas penggunaan. Selain itu, supaya dapat melahirkan generasi celik IT di masa hadapan.

 

Aktiviti

Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Peserta didedahkan dengan perisian Microsoft Word bersama dengan cara-cara asas penggunaannya. Petugas PI membantu peserta untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Gambar Disini

 

AKTIVITI : KEMAHIRAN ASAS MICROSOFT WORD

TARIKH : 19 MAC 2019

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 2 ORANG 

 

Tujuan

Untuk memberi bimbingan kepada pelajar sekolah rendah dalam menggunakan perisian Microsoft Word.

 

Aktiviti

Peserta diberi tunjuk ajar oleh petugas PI untuk menggunakan Microsoft Word.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : KEMAHIRAN ASAS MENGGUNAKAN APLIKASI PAINT

TARIKH : 16 MAC 2019

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 8 ORANG 

 

Tujuan

Untuk memberi latihan serta pendedahan aplikasi yang terdapat di komputer untuk kegunaan suntingan imej dan sebagainya kepada penduduk setempat terutamanya golongan pelajar luar bandar.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada golongan pelajar sekolah rendah. Mereka dikehendaki mengikuti setiap langkah yang ditunjukan oleh petugas PI.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : PEMERIKSAAN KESIHATAN MY HEALTH

TARIKH : 15 MAC 2019

MASA : 9.30 PAGI - 10.30 PAGI

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 9 ORANG 

 

Tujuan

Tujuan program My Health dijalankan adalah untuk mengetahui tahap kesihatan peserta disamping dapat mempromosi kemudahan My Health di PI kepada penduduk setempat.

 

Aktiviti

Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Program dimulakan dengan pendaftaran peserta diikuti dengan mengambil bacaan tinggi dan berat peserta. Kemudian, pemeriksaan tekanan darah serta kandungan glukos dalam darah. Program berjalan dengan lancar dimana semua peserta memberi kerjasama yang baik.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : KEMAHIRAN MENAIP DENGAN PANTAS

TARIKH : 9 MAC 2019

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 9 ORANG 

 

Tujuan

Untuk melahirkan pelajar luar bandar yang celik IT.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Peserta dikehendaki untuk menaip dengan menggunakan perisian Microsoft Word dengan dibantu oleh petugas PI.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : BENGKEL SISTEM PENDIDIKAN KEMAS TADIKA

TARIKH : 6 MAC 2019

MASA : 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 8 ORANG 

 

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosi kemudahan PI seperti menyediakan kemudahan kelas IT dan sebagainya.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada guru Tabika Kemas Daerah Besut. Peserta perlu menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan khas guru Tabika. Oleh itu, petugas PI memberi bimbingan dalam menyelesaikan tugasan tersebut.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : PUZZLE MANUAL DASHBOARD KOMUNITI

TARIKH : 6 MAC 2019

MASA : 12.00 TENGAHARI - 1.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 15 ORANG 

 

Tujuan

Untuk mempromosi PI dalam kalangan kanak-kanak Tadika serta melahirkan kanak-kanak luar bandar yang celik IT.

 

Aktiviti

Para peserta diberi bimbingan dan tunjuk ajar oleh petugas PI dalam menyiapkan permainanan puzzle tersebut.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : PROGRAM KLUSTER BERSAMA KANAK-KANAK TABIKA 

TARIKH : 6 MAC 2019

MASA : 9.00 PAGI - 1.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG KERUAK

PESERTA : 30 ORANG

 

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosi kemudahan yang disediakan di PI.

 

Aktiviti

Aktiviti yang diadakan terbahagi kepada mewarna online, speed typing, typing kids serta puzzle manual Dashboard Komuniti.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : TUTORIAL MATEMATIK

TARIKH : 5 MAC 2019

MASA : 4.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 2 ORANG 

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang para peserta dengan perkaraa yang manfaat seperti tutorial matematik.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Aktiviti dimulakan dengan petugas PI menyediakan soalan-soalan yang berkaitan kepada peserta. Kemudian, soalan-soalan yang sukar akan dibincangkan bersama.

Gambar Disini

AKTIVITI : PERMAINAN PENDIDIKAN - WORD SEARCH

TARIKH : 19 JANUARI 2019

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 10 ORANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan sebagai salah satu cara mempromosi untuk menarik lebih ramai pengunjung dan ahli PI. Selain itu juga, supaya peserta dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat.

 

 Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah dan belia. 

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : PEMERIKSAAN KESIHATAN MY HEALTH

TARIKH : 10 JANUARI 2019

MASA : 12.00 TENGAHARI - 1.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 6 ORANG 

 

Tujuan

Sebagai salah satu untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI disamping dapat melakukan pemeriksaan terhadap peserta yang hadir ke PI.

 

Aktiviti

Peserta dapat mengetahui tahap kesihatan masing-masing dengan pemeriksaan yang dilakukan di PI Kg Tembila seperti bacaan gula dalam darah, serta tekanan darah.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : PROGRAM TEAM MOBILE KWSP

TARIKH : 10 JANUARI 2019

MASA : 9.30 PAGI - 1.30 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 25 ORANG 

 

Tujuan

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama PI dengan Team Mobile KWSP. Selain itu, program ini juga masing-masing memberi kelebihan kepada dua-dua pihak seperti menarik lebih ramai pelanggan dan dapat memberi pengetahuan tentang kelebihan dan keistimewaan KWSP juga PI kepada penduduk setempat.

 

Aktiviti

Peserta yang hadir diberi taklimat ringkas oleh petugas Team Mobile KWSP. Kemudian, peserta melakukan pendaftaran untuk i-suri dan sebagainya.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : LATIHAN ASAS E-REZEKI

TARIKH : 6 JANUARI 2019

MASA : 2.30 PETANG - 5.30 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 1 ORANG 

 

Tujuan

Latihan keusahawanan ini diadakan bertujuan untuk membantu golongan yang layak untuk menambah pendapatan melalui platform E-Rezeki. 

 

Aktiviti

Peserta terdiri daripada golongan belia dan merupakan lepasan sekolah. Peserta diberi penerangan serta tayangan klip video E-rezeki bagi membantu untuk memahami lebih jelas konsep tersebut. Kemudian peserta dibantu oleh petugas PI untuk pendaftaran secara atas talian.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : KEMAHIRAN ASAS ADOBE PHOTOSHOP

TARIKH : 5 JANUARI 2019

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 7 ORANG 

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang perisian Adobe Photoshop selain daripada untuk mengisi masa lapang mereka.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diberi penerangan ringkas berkenaan cara-cara menggunakan dan kelebihan yang ada pada perisian tersebut.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : TUTORIAL MATEMATIK

TARIKH : 4 JANUARI 2019

MASA : 3.00 PETANG - 4.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 2 ORANG 

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar yang memerlukan bantuan dan bimbingan dalam pelbagai bidang seperti ICT dan juga dalam bidang akademik.

 

Aktiviti

Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diberi bimbingan dalam menyelesaikan soalan yang sukar dan mencabar.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : PERMAINAN PENDIDIKAN DALAM TALIAN

TARIKH : 4 JANUARI 2019

MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 7 ORANG 

 

Tujuan

Sebagai salah satu cara mempromosi untuk menarik lebih ramai pengunjung dan ahli PI. Selain itu juga, supaya peserta dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Peserta diberi latihan dan bimbingan dalam menggunakan komputer bagi peserta yang baru menyertai kelas ICT yang diadakan di PI. Bagi peserta yang telah lama menyertai kelas, mereka berjaya meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dengan baik.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : MICROSOFT EXCEL

TARIKH : 1 JANUARI 2019

MASA :  10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 1 ORANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan asas perisian Microsoft Excel kepada golongan belia dan juga merupakan wanita. Selain itu, juga untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI Kg Tembila.

 

Aktiviti

Peserta diberi penerangan tentang kegunaan perisian tersebut oleh petugas PI. Kemudian, peserta perlu menyiapkan tugasan yang diberikan dengan pertolongan dan bimbingan daripada petugas PI.

Gambar Disini

 

AKTIVITI : MY KOMUNITI

TARIKH : 15 FEBRUARI 2019

MASA : 11.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 6 ORANG 

 

Tujuan

Kelas Dashboard My Komuniti ini diadakan bagi mempromosi aplikasi Dashboard serta kemudahan yang disediakan di Pusat Internet kepada pelajar luar bandar.

 

Aktiviti

 Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Peserta dikehendaki untuk memuat turun gambar dan seterusnya menyunting gambar tersebut untuk dimuat naik ke dalam My Komuniti dengan bimbingan petugas PI.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : ASAS SUNTINGAN IMEJ

TARIKH : 15 FEBRUARI 2019

MASA : 9.30 PAGI - 11.30 PAGI

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 6 ORANG 

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara-cara untuk sunting imej dengan baik.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Peserta diberi tunjuk ajar untuk memuat turun gambar melalui laman internet dan menyimpan gambar tersebut ke dalam folder komputer. Kemudian peserta dikehendaki untuk menggunakan perisian Microsoft Publisher untuk menyunting imej atau gambar mengikut kreativiti masing-masing.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : PERMAINAN PENDIDIKAN ONLINE

TARIKH : 14 FEBRUARI 2019

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 8 ORANG

 

Tujuan

Kelas permainan ini diadakan adalah untuk menarik minat pelajar luar bandar untuk mendekati dan menggunakan kemudahan teknologi seperti kemudahan komputer dan capaian internet. Selain itu juga, sebagai salah satu alternatif untuk mempromosi PI kepada komuniti setempat.

 

Aktiviti

Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Peserta dikehendaki menggunakan komputer dan mencari laman permainan pendidikan melalui atas talian dengan dibimbing oleh petugas PI.

Gambar Disini

 

 

 AKTIVITI : MICROSOFT EXCEL

TARIKH : 1 FEBRUARI 2019

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 7 ORANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ICT ini diadakan adalah untuk memupuk minat dalam kalangan pelajar luar bandar terhadap kemudahan teknologi yang disediakan di PI seperti mempelajari asas-asas perisian Microsoft.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diberi penerangan ringkas berkenaan kegunaan asas Microsoft Excel. Kemudian, peserta dikehendaki mengikuti setiap langkah yang ditunjukkan oleh petugas PI dengan menggunakan Microsoft tersebut. Para peserta berjaya menyiapkan tugasan dengan baik malah memohon agar kelas seperti itu dapat dijalankan lagi.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : PENGENALAN KEPADA E-REZEKI

TARIKH : 17 DISEMBER 2018

MASA : 2.30 PETANG - 5.30 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 1 ORANG

 

Tujuan

Latihan keusahawanan ini diadakan bertujuan untuk membantu golongan yang layak untuk menambah pendapatan melalui platform E-Rezeki. 

 

Aktiviti

Peserta terdiri daripada golongan belia dan merupakan lepasan sekolah. Peserta diberi penerangan serta tayangan klip video E-rezeki bagi membantu untuk memahami lebih jelas konsep tersebut. Kemudian peserta dibantu oleh petugas PI untuk pendaftaran secara atas talian.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : LATIHAN ASAS E-REZEKI

TARIKH : 15 DISEMBER 2018

MASA : 2.30 PETANG - 5.30 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 1 ORANG

 

Tujuan

Latihan keusahawanan ini diadakan bertujuan untuk membantu golongan yang layak untuk menambah pendapatan melalui platform E-Rezeki. Disamping itu juga untuk mempromosikan PI kepada peserta dan penduduk setempat.

 

Aktiviti

Peserta terdiri daripada pelajar Universiti. Peserta diberi penerangan serta tayangan klip video E-rezeki bagi membantu peserta memahami lebih jelas konsep tersebut. Kemudian peserta dibantu oleh petugas PI untuk pendaftaran secara atas talian.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : PENGENALAN KEPADA GOOGLE TRANSLATE

TARIKH : 13 DISEMBER 2018

MASA : 2.30 PETANG - 4.30 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 10 ORANG 

 

Tujuan

Kelas seperti diadakan adalah untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari kemahiran multil anguage atau pelbagai bahasa melalui platform internet.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diberi contoh ayat dalam bahasa Inggeris dan dikehendaki untuk mencari setiap maksud ayat tersebut dengan menggunakan aplikasi google translate. Para peserta menunjukkan semangat yang terbaik dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Sedikit sebanyak kelas seperti ini dapat memberi manfaat kepada peserta.

Gambar Disini 

 

 

AKTIVITI : LATIHAN ASAS E-REZEKI

TARIKH : 6 DISEMBER 2018

MASA : 10.00 PAGI - 1.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 1 ORANG 

 

Tujuan

Untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI selain daripada kemudahan internet, mencetak dan sebagainya. Selain itu, untuk membantu golongan belia dengan cara memperkenalkan platform pendapatan digital E-rezeki.

 

Aktiviti

Peserta merupakan lepasan sekolah. Petugas PI membantu peserta dalam melakukan pendaftaran E-rezeki setelah menerangkan syarat dan kelebihan E-rezeki. 

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : KEMAHIRAN ASAS MICROSOFT EXCEL

TARIKH : 5 DISEMBER 2018

MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 5 ORANG 

 

Tujuan

Untuk memberi latihan asas Microsoft Office kepada pelajar luar bandar supaya mereka dapat menjadi pelajar yang celik IT.


Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Mereka diberi penerangan dan contoh oleh Petugas PI.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : PENDAFTARAN PERBANKAN DALAM TALIAN BSN

TARIKH : 4 DISEMBER 2018

MASA : 3.00 PETANG - 4.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 1 ORANG 

 

Tujuan

Untuk menyediakan kemudahan internet kepada peserta luar bandar. Disamping itu juga sebagai salah satu cara untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di PI.

 

Aktiviti

Peserta merupakan lepasan sekolah. Petugas PI menerangkan cara - cara untuk melakukan pendaftaran perbankan.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : ASAS KEMAHIRAN ADOBE PHOTOSHOP

TARIKH : 4 DISEMBER 2018

MASA : 2.30 PETANG - 4.30 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 10 ORANG

 

Tujuan

Kelas kemahiran Adobe ini diadakan adalah untuk meningkatkan minat dan kemahiran peserta dalam menggunakan perisian Adobe Photoshop sebagai alat dan kemudahan teknologi dalam menyelesaikan tugasan pelajar bahkan dalam kehidupan sosial.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diberi penerangan ringkas oleh petugas PI berkenaan fungsi-fungsi dan cara menggunakan Adobe Photoshop. Kelas tersebut hanya berfokuskan untuk menghilang latar belakang gambar sahaja. Para peserta memerlukan masa untuk menyiapkan tugasan tersebut dengan baik.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : ASAS KEMAHIRAN MENAIP

TARIKH : 1 DISEMBER 2018

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 8 ORANG 

 

Tujuan

Untuk memberi kelas ICT percuma kepada ahli yang berdaftar dengan PI selain daripada untuk memberi latihan Microsoft kepada pelajar.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diberi penerangan dan contoh penggunaan Microsoft daripada petugas PI. Kemudian mereka dikehendaki untuk menaip berdasarkan contoh yang telah disediakan oleh petugas PI.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : PENDAFTARAN SEK MENENGAH SECARA ATAS TALIAN

TARIKH : 1 DISEMBER 2018

MASA : 11.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 1 ORANG

 

Tujuan

Untuk memperkenalkan kemudahan yang disediakan di PI iaitu kemudahan internet dan sebagainya. Selain itu juga, untuk meningkatkan penggunaan teknologi komputer dalam kalangan pelajar luar bandar.

 

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah menengah. Peserta membuka laman web yang diperuntukkan untuk mendaftar secara atas talian dengan bimbingan petugas PI.

Gambar Disini