AKTIVITI : LATIHAN KEUSAHAWANAN E-REZEKI TARIKH : 27 JULAI 2018 MASA : 9.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : PELAJAR KOLEJ/UNIVERSITI, BELIA & WANITA |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menyediakan kemudahan kepada golongan tersebut untuk menyertai dunia keusahawanan disamping dapat mempromosi PI Kg Tembila
Aktiviti
Peserta diberi taklimat ringkas dan tayangan video berkenaan e-rezeki. Kemudian peserta mendaftar secara atas talian untuk meneruskan program serta latihan e-rezeki.
AKTIVITI : TAYANGAN VIDEO CERITA KANAK-KANAK TARIKH : 11 JULAI 2018 MASA : 9.00 PAGI - 11.00 PAGI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 45 ORANG |
Tujuan
Program ini dijalankan untuk mempromosi kemudahan yang disediakan di PI Kg Tembila. Disamping itu juga bertujuan untuk memperkenalkan PI kepada pelajar cilik.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar Tabika Kemas Kg Tempinis. Para peserta diperkenalkan dengan segala kemudahan yang disediakan di PI dan seterusnya menonton tayangan video cerita kanak-kanak.
AKTIVITI : PUZZLE ONLINE TARIKH : 7 JULAI 2018 MASA : 3.00 PETANG - 4.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 3 ORANG |
Tujuan
Tujuan diadakan aktiviti tersebut ialah untuk mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang melibatkan penggunaan laman web dan IT.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Peserta diberi taklimat ringkas tentang permainan atas talian atau online. Peserta membuka laman web Jigsaw Planet.
AKTIVITI : KEMAHIRAN ASAS MICROSOFT TARIKH : 7 JULAI 2018 MASA : 10.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 3 ORANG |
Tujuan
Kelas IT tersebut dihadiri oleh pelajar sekolah menengah dan golongan belia. Tujuan kelas diadakan adalah untuk memberi latihan asas penggunaan Microsoft terutamanya Microsoft Word kepada pelajar luar bandar.
Aktiviti
Petugas PI memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara menggunakan Microsoft Word dengan efektif.
AKTIVITI : HARI TERBUKA PUSAT INTERNET KG TEMBILA TARIKH : 6 JULAI 2018 MASA : 8.30 PAGI - 1.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : KOMUNITI |
Tujuan
Program Hari Terbuka Pusat Internet Kg Tembila diadakan dengan kerjasama JKKK dan KRT Kg Tembila. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meraikan hari bersama komuniti disamping dapat memperkenalkan PI serta semua kemudahan yang disediakan di PI kepada semua lapisan masyarakat.
Aktiviti
Program dimulakan dengan acara sukaneka. Antara sukan yang disediakan adalah permainan tiga kaki( ikat kaki), isi air dalam botol dan kerusi berirama. Pada masa yang sama, terdapat acara yang diadakan di dalam bilik latihan PI iaitu, Dashboard Komuniti, My Shop, Sebenarnya.my, E-Waste, Kilk Dengan Bijak, dan perbankan dalam talian. Seterusnya acara puzzle manual dan kuiz bertulis yang diadakan secara serentak namun tempat yang berbeza. Untuk acara yang terakhir iaitu penyampaian hadiah dan juga cabutan bertuah. Pengunjung menikmati jamuan sebelum beredar.
AKTIVITI : CREATING PAMPHLET TARIKH : 1 JULAI 2018 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menggunakan aplikasi Microsoft disamping dapat menambah ilmu dalam melayari laman internet.
Aktiviti
Para peserta dikehendaki untuk membuka aplikasi atau perisian Microsoft Publisher. Kemudian, mereka diberi tunjuk ajar cara-cara untuk merekacipta pamplet yang menarik. Para peserta menunjukkan minat yang tinggi dalam mengikuti kelas IT tersebut.
AKTIVITI : SPEED TYPING CONTEST TARIKH : 29 JUN 2018 MASA : 4.00 PETANG - 5.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 9 ORANG |
Tujuan
Untuk menarik minat pelajar luar bandar belajar kemahiran asas dalam Microsoft Word. Selain itu, bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan asas dalam bidang IT dalam kalangan pelajar.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada kalangan belia, pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka perlu menggunakan Microsoft Word untuk menaip ayat yang diberikan oleh petugas PI. Di samping itu, peserta juga perlu memuat turun gambar yang sama dengan petugas PI dari laman internet. Para peserta dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan Microsoft Word dan juga dalam memuat turun gambar.
AKTIVITI : KEMAHIRAN ASAS MICROSOFT EXCEL TARIKH : 28 JUN 2018 MASA : 2.30 PETANG - 4.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 7 ORANG |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan asas tentang Microsoft Excel kepada pelajar. Selain itu, untuk mempromosi kelas IT secara percuma kepada ahli yang berdaftar.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah. Mereka diberi taklimat ringkas tentang kegunaan Microsoft tersebut. Kemudian para peserta dikehendaki untuk membina jadual dengan mengikuti setiap langkah yang ditunjukkan oleh petugas PI. Kemahiran peserta amat lemah dalam menguasai Microsoft Excel. Para peserta berminat untuk menyertai kelas seperti ini lagi.
AKTIVITI : PENYEDIAAN SLIDE PERBENTANGAN MENGGUNAKAN MICROSOFT POWERPOINT TARIKH : 28 JUN 2018 MASA : 3.30 PETANG - 5.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 3 ORANG |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran Microsoft dalam kalangan pelajar luar bandar disamping untuk menarik minat masyarakat untuk berkunjung ke Pusat Internet.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Mereka menggunakan Microsoft Powerpoint untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan bimbingan daripada petugas PI.
AKTIVITI : PERMAINAN PENDIDIKAN TARIKH : 23 JUN 2018 MASA : 10.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 7 ORANG |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menarik minat pelajar luar bandar untuk menggunakan komputer dan mengunjungi PI Kg Tembila
Aktiviti
Para peserta menggunakan laman web permainanan pendidikan seperti Uptoten, Coloring pages4u dan Jigsaw online. Mereka diberi tunjuk ajar dan bimbingan oleh petugas pusat internet.
AKTIVITI : KAD RAYA KREATIF 2018 TARIKH : 7 JUN 2018 MASA : 2.30 PETANG - 4.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 11 ORANG |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memeriahkan persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 diantara pengunjung setia dalam kalangan pelajar. Disamping itu, untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI Kg Tembila.
Aktiviti
Para peserta dikehendaki menyiapkan kad raya dengan menggunakan Microsoft Publisher. Mereka dibantu oleh petugas PI Kg Tembila.
AKTIVITI : MICROSOFT POWERPOINT FOR BEGINNER TARIKH : 6 JUN 2018 MASA : 3.00 PETANG - 4.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 10 ORANG |
Tujuan
Untuk meningkatkan kemahiran dan pemahaman pelajar dalam penggunaan Microsoft tersebut.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Para peserta diberi penerangan dan fungsi Microsoft tersebut oleh petugas PI Kg Tembila. Mereka juga didedahkan dengan kemahiran untuk memuat turun gambar melalui laman internet. Mereka perlu menyiapkan tugasan yang diberikan yang bertemakan cita-cita dan impian mereka.
AKTIVITI : MY KOMUNITI TARIKH : 6 JUN 2018 MASA : 2.30 PETANG - 3.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 10 ORANG |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk mempromosi Dashboard My Komuniti untuk masyarakat setempat terutama dalam kalangan pelajar.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka dikehendaki untuk membuka laman web Dashboard dan mengikuti langkah-langkah yang diajar oleh petugas PI Kg Tembila
AKTIVITI : KURSUS ASAS E-REZEKI TARIKH : 3 JUN 2018 MASA : 11.00 PAGI - 2.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
Tujuan
Bertujuan untuk membantu golongan belia dalam menambah pendapatan sampingan dengan menggunakan kemudahan yang disediakan di PI1M.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada golongan belia dan merupakan pelajar kolej. Mereka diberi taklimat dan penerangan tentang konsep E-rezeki.
AKTIVITI : RAMADHAN KAREEM TARIKH : 1 JUN 2018 MASA : 2.30 PETANG - 4.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 5 ORANG |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar setempat untuk menggunakan teknologi seperti penggunaan komputer dan laman web dalam kehidupan seharian supaya tidak ketinggalan kerana dunia semakin maju.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diberi penerangan tentang Microsoft PowerPoint dan diajar langkah-langkah untuk menggunakan aplikasi tersebut dalam aktiviti Ramadhan Kareem.
AKTIVITI : MEWARNA ONLINE TARIKH : 21 APRIL 2018 MASA : 11.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 3 ORANG |
Tujuan
Kelas mewarna ini disertai oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosi kemudahan yang disediakan di PI1M termasuklah latihan dan kelas ICT secara percuma untuk ahli yang berdaftar.
Aktiviti
Para peserta perlu menggunakan komputer yang disediakan di PI1M dan membuka laman mewarna online. Kelas ini dibimbing oleh petugas PI1M.
AKTIVITI : KUIZ MATEMATIK TAHAP 2 TARIKH : 21 APRIL 2018 MASA : 11.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 3 ORANG |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh sebilangan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menyediakan platform dan kemudahan yang lain untuk pelajar luar bandar meningkatkan kemahiran dari segi IT mahupun akademik.
Aktiviti
Para peserta diberi soalan berdasarkan tahap pelajaran. Mereka perlu menyiapkan tugasan tersebut dalam masa yang diberikan.
AKTIVITI : TUTORIAL BAHASA INGGERIS ONLINE TARIKH : 21 APRIL 2018 MASA : 9.30 PAGI - 11.00 PAGI TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 3 ORANG |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menyediakan kemudahan bukan sahaja dari segi IT, namun juga dari segi akademik oleh pihak PI1M.
Aktiviti
Para peserta diberi latihan dalam bahasa Inggeris dan perlu menyiapkan latihan tersebut dalam masa yang ditetapkan. Para peserta dikehendaki menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan tersebut.
AKTIVITI : PENGISIAN KERJA KOSONG-UNISZA TARIKH : 18 APRIL 2018 MASA : 9.30 PAGI - 11.30 PAGI TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 3 ORANG |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh golongan belia. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan asas teknologi maklumat dan komunikasi dan seterusnya dapat membantu golongan belia luar bandar untuk mencari peluang pekerjaan melalui atas talian.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan tentang penggunaan dan asas teknologi maklumat dan komunikasi oleh petugas PI1M. Para peserta menunjukkan minat yang mendalam dan berjaya mengikuti setiap langkah yang diajarkan oleh petugas.
AKTIVITI : PENGENALAN KEPADA GOOGLE TRANSLATE TARIKH : 17 APRIL 2018 MASA : 4.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah rendah yang menetap di luar bandar. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta kegunaan dan contoh - contoh pembelajaran dalam talian.
Aktiviti
Para peserta diminta untuk menggunakan kemudahan yang disediakan di PI1M untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada staf PI1M.
AKTIVITI : PEMASARAN DALAM TALIAN & DASHBOARD MY SHOP TARIKH : 14 APRIL 2018 MASA : 3.00 PETANG - 4.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh seorang pelajar kolej yang menetap di luar bandar. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi informasi dan penerangan tentang pemasaran dalam talian supaya kemahiran dan pengetahuan dapat ditingkatkan.
Aktiviti
Peserta mengikuti perkara yang diajar oleh staf PI1M dengan baik.
AKTIVITI : PUZZLE MANUAL DASHBOARD KOMUNITI TARIKH : 14 APRIL 2018 MASA : 11.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 3 ORANG |
Tujuan
Kelas ini diadakan sebagai salah satu alternatif untuk mempromosi kemudahan dan peranan PI1M terhadap masyarakat sekeliling.
Aktiviti
Peserta diberi masa dan bimbingan untuk menyiapkan cantuman puzzle Dashboard Komuniti.
AKTIVITI : TUTORIAL MATEMATIK TARIKH : 14 APRIL 2018 MASA : 9.30 PAGI - 11.30 PAGI TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 5 ORANG |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk mempromosi kemudahan yang disediakan di PI1M. Selain itu, bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran akademik pelajar luar bandar.
Aktiviti
Para pelajar diberi soalan matematik untuk meningkatkan kemahiran menjawab soalan dengan betul dan berkesan.
AKTIVITI : IMAGE EDITING TARIKH : 13 APRIL 2018 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 3 ORANG |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi latihan asas multimedia kepada peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah disamping untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI1M.
Aktiviti
Para peserta diberi tunjuk ajar dan penerangan tentang perisian Adobe untuk mengubah gambar atau image editing.
AKTIVITI : SPEED TYPING PLUS PICTURE TARIKH : 13 APRIL 2018 MASA : 9.30 PAGI - 11.30 PAGI TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 5 ORANG |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah yang menetap di luar bandar. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan dan bimbingan dalam penggunaan teknologi seperti penggunaan komputer termasuk perisian yang sedia ada.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan tentang perisian Microsoft Word. Para peserta diberi contoh karangan sebagai rujukan untuk menaip sepantas yang mungkin beserta dengan gambar.
AKTIVITI : PUZZLE ONLINE TARIKH : 12 APRIL 2018 MASA : 3.00 PETANG - 4.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 4 ORANG |
Tujuan
Kelas in i disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. Kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia Kg Tembila termasuk kelas IT secara percuma kepada ahli yang berdaftar.
Aktiviti
Para peserta diperkenalkan dengan kemudahan atas talian atau online.
AKTIVITI : MICROSOFT WORD FOR BEGINNER TARIKH : 12 APRIL 2018 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan perisian Microsoft Word selain untuk mempromosi kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan penerangan tentang perisian tersebut kepada peserta. Kemudian, mereka dikehendaki untuk menaip perkataan dengan menggunakan semua fungsi yang tersedia didalam perisian tersebut.
AKTIVITI : MEWARNA & PUZZLE ONLINE TARIKH : 27 MEI 2018 MASA : 2.30 PETANG - 4.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 3 ORANG |
Tujuan
Kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar atau kanak-kanak luar bandar menggunakan teknologi yang ada untuk meningkatkan kemahiran dan taraf hidup mereka ke peringkat yang lebih maju.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Mereka diberi penerangan tentang setiap fungsi yang ada untuk menggunakan komputer oleh petugas PI1M. Mereka dikehendaki untuk membuka laman web permainan pendidikan mewarna & puzzle online.
AKTIVITI : POP KUIZ KAHOOT.IT TARIKH : 25 MEI 2018 MASA : 2.45 PETANG - 4.45 PETANG PESERTA : 7 ORANG |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI1M disamping dapat menggeratkan hubungan diantara petugas PI1M dengan masyarakat sekeliling terutama dalam kalangan belia dan pelajar.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Para peserta dihendaki membuka laman Kahoot dan mengikuti langkah-langkah yang diterangkan oleh petugas PI1M. Kemudian para peserta perlu menjawab soalan dengan pantas dan tepat.
AKTIVITI : PENGENALAN KEPADA LAMAN WEB TARIKH : 24 MEI 2018 MASA : 3.30 PETANG - 4.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh lepasan sekolah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu peserta dalam meningkatkan kemahiran menggunakan teknologi yang semakin maju.
Aktiviti
Para peserta diberi bimbingan dan tunjuk ajar oleh petugas PI1M.
AKTIVITI : SUNTINGAN IMEJ (ASAS) TARIKH : 20 MEI 2018 MASA : 2.30 PETANG - 4.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 3 ORANG |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah menengah. Kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan asas suntingan imej kepada peserta yang mana merupakan pelajar luar bandar. Selain itu, dapat mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI1M kepada masyarakat setempat.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan tentang perisian Adobe Photoshop CS6. Kemudian mereka diberi masa untuk mencuba melakukan suntingan imej mengikut kreativiti masin-masing
AKTIVITI : MEWARNA BERSAMA KANAK-KANAK TABIKA TARIKH : 16 MEI 2018 MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 18 ORANG |
Tujuan
Kelas ini diadakan adalah untuk membina jalingan kerjasama dengan pihak Tabika Kemas dalam melakukan program atau aktiviti. Selain itu, aktiviti seperti ini dapat mempromosikan segala kemudahan yang disediakan di PI1M.
Aktiviti
Peserta cilik diberi taklimat ringkas dan pengenalan tentang kemudahan yang disediakan di PI1M. Kemudian mereka diberi sehelai kertas untuk aktiviti mewarna.
AKTIVITI : CREATE GOOGLE ACCOUNT (GMAIL) TARIKH : 15 MEI 2018 MASA : 3.30 PETANG - 5.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 5 ORANG |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk membantu masyarakat luar bandar terutamanya pelajar untuk meningkatkan kemahiran IT sekaligus dapat mempromosi kemudahan yang disediakan di PI1M.
Aktiviti
Kelas tersebut disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. Peserta diberi penerangan tentang kemudahan Gmail / emel. Kemudian, peserta dikehendaki untuk mengikuti setiap langkah yang ditunjukkan oleh petugas PI1M bagi memudahkan merekacipta akaun google / gmail.
AKTIVITI : DASHBOARD MY KOMUNITI TARIKH : 15 MEI 2018 MASA : 2.30 PETANG - 3.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 6 ORANG |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan petugas PI1M menjalankan kelas tersebut adalah untuk memperkenalkan masyarakat luar bandar kepada aplikasi Dashboard Komuniti.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan tentang kemudahan aplikasi tersebut serta cara-cara menggunakannya. Kemudian mereka dikehendaki membuat pengumuman sempena Ramadhan dan Hari Guru dengan menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti. Para peserta diberi tunjuk ajar untuk memuat turun gambar yang menarik dari laman internet untuk dilampirkan kedalam pengumuman peserta.
AKTIVITI : PEMBELAJARAN ASAS MICROSOFT WORD TARIKH : 14 MEI 2018 MASA : 3.00 PETANG - 4.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar dalam menguasai kemahiran dalam menggunakan perisian Microsoft Word.
Aktiviti
Para peserta dikehendaki menggunakan perisian Microsoft Word untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh petugas PI1M. Mereka diberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.
AKTIVITI : MEREKACIPTA POSTER SEMPENA RAMADHAN & HARI GURU TARIKH : 8 MEI 2019 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 7 ORANG |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menyediakan platform kepada kanak-kanak luar bandar untuk menerokai kemudahan teknologi komputer serta perisian yang terdapat dalam komputer.
Aktiviti
Peserta menggunakan perisian Microsoft Publisher untuk menghasilkan poster mereka. Petugas PI1M menerangan cara-cara menggunakan perisian tersebut. Disamping peserta dapat meningkatkan kemahiran menggunakan perisian tersebut, mereka juga dapat belajar cara-cara memuat turun gambar dari laman internet untuk diletakkan dalam poster mereka.
AKTIVITI : TUTORIAL MATEMATIK TARIKH : 5 MEI 2018 MASA : 9.30 PAGI - 11.30 PAGI TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 5 ORANG |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah rendah luar bandar. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan PI1M dari segi kemudahan yang disediakan seperti tempat untuk belajar bukan sahaja dari segi teknologi bahkan juga dari segi akademik.
Aktiviti
Para peserta diberi latihan subjek Matematik mengikut tahap kemahiran masing-masing dan dikehendaki menyiapkan latihan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Para peserta dapat mengulangkaji pelajaran di tempat yang selesa dan dapat dibimbing oleh petugas PI1M.
AKTIVITI : MANFAAT CUTI SEKOLAH TARIKH : 24 MAC 2018 MASA : 9.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 7 ORANG |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengisi masa terluang pelajar dengan perkara yang berfaedah seperti mengulang kaji pelajaran dengan kuiz disamping dapat memperkenalkan kepada mereka kemudahan yang terdapat di PI1M.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Mereka dikehendaki mengikuti arahan dan bimbingan yang diberikan oleh staf PI1M.
AKTIVITI : MY VIDEO WITH MOVIE MAKER TARIKH : 23 MAC 2018 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 4 ORANG |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi input baru seperti aplikasi dan perisian yang menarik untuk digunakan kepada peserta selain daripada menyediakan kelas IT secara percuma kepada ahli yang berdaftar.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah yang menetap diluar bandar. Mereka dikehendaki untuk mereka video yang menarik dengan menggunakan aplikasi Movie Maker.
AKTIVITI : TUTORIAL PENGISIAN UPU ONLINE TARIKH : 21 MAC 2018 MASA : 10.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk lepasan sekolah untuk meningkatkan kemahiran peserta sebagai salah satu persediaan mereka ke alam pembelajaran yang lebih jauh.
Aktiviti
Peserta diberi tunjuk ajar dalam pengisian UPU oleh staf PI1M.
AKTIVITI : TUTORIAL ORIGAMI MELALUI YOUTUBE TARIKH : 21 MAC 2018 MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 7 ORANG |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar luar bandar kepada kemudahan teknologi masa kini.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka dikehendaki untuk membuat origami dengan menggunakan kertas warna yang disediakan dan melalui tutorial daripada YouTube.
AKTIVITI : JOM SIHAT (GOTONG ROYONG) TARIKH : 19 MAC 2018 MASA : 2.00 PETANG - 4.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 8 ORANG |
Tujuan
Sebagai salah satu alternatif untuk mempromosi PI1M kepada masayarakat setempat. Ia juga sebagai salah satu cara untuk memupuk sifat mencintai kebersihan didalam diri.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka bersama-sama dengan staf PI1M membersih kawasan PI1M untuk keselesaan bersama.
AKTIVITI : TUTORIAL CUT & CHANGE BACKGROUND TARIKH : 18 MAC 2018 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 5 ORANG |
Tujuan
Sebagai platform pelajar luar bandar meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang IT terutama aplikasi atau perisian yang terdapat di masa kini.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Para peserta diberi maklumat dan pendedahan berkaitan Adobe photoshop. Kemudian mereka diberi tunjuk ajar untuk membuat atau mengubah beberapa keping gambar dengan menggunakan aplikasi tersebut.
AKTIVITI : DASHBOARD KOMUNITI (MY SOAL) TARIKH : 18 MAC 2018 MASA : 2.30 PETANG - 3.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 5 ORANG |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosi Dashboard Komunti My Soal kepada pengunjung PI1M selain daripada mempromosi kemudahan yang disediakan seperti mesin cetakan dan fotostat.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Para peserta diterangkan fungsi kegunaan dan kelebihan Dashboard.
AKTIVITI : PENGENALAN KEPADA MICROSOFT WORD TARIKH : 17 MAC 2018 MASA : 11.30 PAGI - 12.00 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 5 ORANG |
Tujuan
Kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap kemahiran pelajar luar bandar menggunakan software yang terdapat di dalam komputer.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah yang menetap di luar bandar. Mereka diperkenalkan dengan software Microsoft Word 2010 serta cara-cara menggunakannya. Memandangkan kelas ini diadakan semasa cuti sekolah, mereka dikehendaki menaip satu cerita berkenan diri mereka. Mereka dapat meningkatkan kemahiran menaip serta berfikir mencari idea untuk melengkapkan cerita mereka.
AKTIVITI : PENGENALAN KEPADA KOMPUTER TARIKH : 17 MAC 2018 MASA : 11.00 PAGI - 11.30 PAGI TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 5 ORANG |
Tujuan
Kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar luar bandar berkaitan IT iaitu komputer, software, aplikasi, internet dan sebagainya.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menetap di luar bandar. Para peserta diperkenalkan dengan perkakasan komputer seperti monitor, papan kekunci, tetikus dan sebagainya. Mereka juga diterangkan cara-cara menggunakan serta fungsi perkakasan tersebut.
AKTIVITI : PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP CS6 TARIKH : 16 MAC 2018 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA PESERTA : 6 ORANG |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosi dan memperkenalkan kepada masyarakat tentang kemudahan yang disediakan untuk ahli yang berdaftar iaitu kelas IT secara percuma.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan tentang kegunaan atau kelebihan software Adobe tersebut. Kemudian mereka didedahkan dengan simbol dan fungsi yang terdapat di dalam software tersebut. Para peserta ingin untuk mencuba sendiri edit gambar dan sebagainya melalui software tersebut.
AKTIVITI : KARNIVAL SEHARI BERSAMAMU TARIKH : 8 MAC 2018 MASA : 2.30 PETANG - 5.30 PETANG TEMPAT : TAPAK PASAR PAGI, KG PEKAN SARI TEMBILA PESERTA : 26 ORANG |
Tujuan
Program ini dianjurkan oleh KRT dan J3K Kg Pekan Sari. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk merapatkan jurang diantara masyarakat di sini serta untuk melahirkan masyarakat yang aktif serta meningkatkan kemahiran dari segi pergaulan. Walaubagaimanapun, pihak PI1M dijemput untuk bersama-sama menjayakan program tersebut.
Aktiviti
Program disertai oleh pelajar sekolah rendah, menengah, golongan belia, wanita serta lain-lain. Program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan taklimat ringkas. Antara aktiviti yang diadakan ialah musang berjanggut, teka silang kata, maze, kuiz perkakasan komputer, word search dan pemeriksaan kesihatan (IHealth).
AKTIVITI : TUTORIAL MATEMATIK TARIKH : 3 MAC 2018 MASA : 9.30 PAGI - 11.30 PAGI TEMPAT : PI1M KG TEMBILA PESERTA : 8 ORANG |
Tujuan
Tujuan kelas ini ialah untuk melahirkan pelajar luar bandar yang dapat bersaing dengan pelajar bandar bukan sahaja dari segi bidang IT namun juga dalam bidang akademik selain untuk mempromosi kemudahan PI1M kepada semua golongan masyarakat.
Aktiviti
Para pelajar terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Mereka diberi soalan yang bersesuaian dengan tahap masing-masing. Kemudian, soalan yang tidak mampu diselesaikan oleh mereka akan dibincangkan bersama.