USAHAWAN DALAM PERNIAGAAN AYAM GUNTING

Nama : Nik Zaiton Binti Ya @ Hakim

Umur : 49 Tahun

Ahli : 2014

 

Latar belakang

Puan Nik Zaiton atau Kak Za berasal dari Kelantan. Beliau mula menetap di Kg Tembila Besut Terengganu sekitar tahun 1994 ketika beliau mendirikan rumahtangga. Gerai ayam gunting beliau terletak hanya 100 meter sahaja dari Pusat Internet Kg Tembila. Beliau memulakan perniagaan pada April 2018 apabila mendapati peluang dalam perniagaan tersebut amat menguntungkan. Sifat beliau yang ramah serta produk beliau yang sedap menjadi salah satu sebab perniagaan beliau berjaya. Gerai beliau beroperasi dari pukul 11.00 pagi sehingga 10.00 malam sambil dibantu oleh anak beliau.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum ini, Kak Za menghadapi kesukaran untuk mempromosikan produk beliau di media sosial disebabkan oleh kekangan kemudahan internet. Selain itu, beliau juga kurang mahir dalam menyediakan perisa atau perencah yang enak akibat dari kurang terdedah dengan resepi yang terkini. Jumlah pelanggan beliau juga kurang memuaskan.

Selepas penggunaa ICT / penglibatan PI

 Selepas penglibatan PI, beliau lebih kreatif dalam menyediakan resepi untuk produk beliau seperti tahap keranggupan dan rasa perencah ayam gunting. Beliau juga lebih selesa dalam mempromosi produk beliau dalam media sosial seperti Facebook. Ramai pelanggan telah membuat tempahan melalui aplikasi tersebut sehingga beliau tidak menang tangan. Petugas dan pengguna PI selalu menjadi pelangan beliau.

Sekarang jumlah pelanggan beliau telah meningkat sehingga memuaskan hati beliau. Pihak PI juga membantu beliau mempromosikan gerai beliau kepada pengunjung yang datang ke PI. Hal ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan jumlah pelanggan beliau.

 preview

USAHAWAN DALAM PERNIAGAAN BURGER

 Nama : Mohd Hazwan Bin Hashim

 Umur : 22 Tahun

 Ahli : 2018

 

Latar belakang

Saudara Mohd Hazwan berasal dari Kg Tembila. Jarak antara rumah beliau dengan PI Kg Tembila adalah sangat dekat iaitu kurang 200 meter sahaja. Beliau merupakan seseorang yang dikenali di sekitar kampungnya kerana sifat rajin berusaha untuk mencari sumber pendapatannya sendiri. Beliau memulakan perniagaan pada awal tahun 2018. Gerai perniagaan burger beliau terletak di hadapan Pusat Internet Kg Tembila. Waktu operasi gerai perniagaan beliau ialah pada pukul 6 petang sehingga 12 malam. selain jualan burger, beliau juga turut menjual nasi lemak, minuman dan chicken chop.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau hanya menggunakan internet melalui telefon mudah alih sahaja untuk mempromosi perniagaan beliau melalui media sosial dan menyukarkan kerja beliau. Selain itu juga, jumlah pelanggan beliau agak kurang disebabkan penduduk sekitar serta orang ramai tidak mengetahui tentang perniagaan beliau. Tambahan pula, cara beliau iklan perniagaan juga agak kurang menarik. 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas penglibatan, beliau lebih kreatif menggunakan aplikasi Facebook, Instagram dan sebagainya sebagai medium dalam mempromosikan perniagaan beliau serta untuk berhubung dengan pelanggan bagi tujuan tempahan. Kemajuan ini telah meningkatkan jumlah jualan beliau. Beliau juga telah memasarkan produk burger serta menu lain seperti nasi lemak dan sebagainya ke dalam aplikasi Dashboard Komuniti - My shop.

Pihak PI juga membantu beliau dengan mempromosikan perniagaan beliau kepada pelanggan PI yang datang. Hal ini juga telah meningkatkan jumlah pelanggan beliau.

 preview

 

MENGUASAI KEMAHIRAN MELAYARI INTERNET DAN KEMAHIRAN MICROSOFT

 Nama : Muhd Aliff Iqbal Bin Zainudin

 Umur : 11 Tahun

 Ahli : 2014

 

Latar belakang

Adik Muhd Aliff Iqbal merupakan pengunjung setia Pusat Internet Kg Tembila. Jarak rumah beliau dengan PI adalah dalam 200 meter. Beliau merupakan anak ketiga daripada enam orang adik beradik. Beliau sentiasa aktif dalam menghadiri kelas yang diadakan di PI. Malah, beliau sentiasa membantu dalam persiapan program besar PI. Beliau bersekolah di SK Tembila.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau kurang mahir dan memerlukan bantuan petugas PI dalam melayari internet dan mencetak. 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau kini mampu untuk memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan yang kurang mahir menggunakan komputer. Beliau juga selalu menjadi tempat rujukan rakan-rakan dalam menggunakan Microsoft Office terutamanya Microsoft Word. Beliau berpuas hati dapat membantu kawan-kawan yang lain untuk memuat turun gambar dan memuat naik gambar melalui laman internet. Selain itu, kemahiran mengedit gambar juga semakin meningkat.

Hal ini telah menyebabkan beliau semakin dikenali kerana pengguasaan beliau dalam bidang IT semakin meluas dan setanding dengan pelajar yang lain.

 preview

 

USAHAWAN KECILAN SEBAGAI AGEN PENJUALAN / DROPSHIP CHESSKUT

 Nama : Nurhidayah Binti Mat Yes

 Umur : 15 tahun

 Ahli : 2014

 

Latar belakang

Adik Nurhidayah berasal dari Kampung Sri Medang. Beliau merupakan anak pertama daripada dua orang adik beradik. Beliau bermula menjadi agen ChessKut pada awal tahun 2018. Beliau mendapati peluang untuk menjadi usahawan kecilan semakin meluas pada masa kini dengan kewujudan pelbagai kemudahan dari segi media sosial seperti Facebook, Instagram dan termasuklah Dashboard Komuniti - MyShop. Minat dan semangat beliau juga turut menyumbang kepada penglibatan beliau kedalam bidang ini.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau hanya menggunakan internet melalui telefon mudah alih sahaja dan menyukarkan kerja beliau. Selain itu juga, jumlah pelanggan beliau juga kurang memuaskan disebabkan penduduk sekitar serta kawan-kawan tidak mengetahui tentang perniagaan beliau. Tahap kreativiti dari sudut pengiklanan dan promosi juga agak rendah.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Setelah menyertai kelas IT serta program yang diadakan di PI, beliau lebih kreatif menggunakan aplikasi Facebook, Instagram dan sebagainya sebagai medium dalam mempromosikan produk beliau serta untuk berhubung dengan pelanggan bagi tujuan tempahan. Kemajuan ini telah meningkatkan jualan produk beliau. Beliau juga telah memasarkan produk tersebut ke dalam aplikasi Dashboard Komuniti - My shop.

Pihak PI juga membantu beliau dengan memperkenalkan produk beliau kepada pelanggan PI yang datang. Hal ini juga telah meningkatkan jumlah pelanggan beliau.

 preview

 

MENGUASAI KEMAHIRAN MENAIP, MENCETAK DAN MELAYARI INTERNET

Nama : Nurul Auni Fatini Binti Mat Jak

Umur : 14 Tahun

Ahli : 2014

 

Latar belakang

 Adik Nurul Auni Fatini menetap di Kg Tembila. Jarak dari rumah beliau ke PI adalah dalam sekitar 200 meter. Beliau merupakan anak ke-6 daripada 7 orang adik beradik. Beliau merupakan pelanggan setia PI dimana setiap kelas yang diadakan akan dihadiri olehnya. Hal ini telah menjadi penyebab kepada beliau dalam menguasai kemahiran ICT, mencetak dan melayari internet.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI 

Sebelum menyertai kelas, beliau hanya menguasai kemahiran asas sahaja. 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

 Melalui kelas ICT yang dihadiri oleh beliau, kini beliau menjadi rujukan kepada kawan-kawannya yang lain untuk melayari internet dan mencetak. Beliau boleh mengajar kawan-kawannya cara-cara untuk memuat turun dan menaik gambar dalam internet, memasukkan gambar kedalam Microsoft, menggunakan Excel, dan membuat poster menggunakan Microsoft Publisher.

Selain itu, kemahiran dan pengetahuan beliau dalam bidang IT juga telah meningkat dengan cemerlang. Kini beliau telah setanding dengan pelajar bandar yang lain.

preview