• KEMAHIRAN  DALAM MICROSOF WORD, EXCEL,

POWER POINT & PENGGUNAAN EMAIL

Nama 

 Suhaiman Bin Baharum  

 Umur

 12Tahun

 Ahli

 2013

 

Suhaiman Baharum Q1 2019

 

Latar Belakang

Adik Suhaiman berasal daripada Kampung Tembila. Jarak rumahnya hanya 500 m dari Pusat Internet Kampung Tembila. Beliau merupakan anak ke-4 daripada 6 orang adik- beradik. Bapanya merupakan seorang nelayan manakala ibunya merupakan seorang suri rumah tangga. Beliau menerima pendidikan awal di Tadika Kemas Kg Tembila. Kemudian, Suhaiman bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tembila dan sekarang beliau merupakan pelajar darjah 6 di sekolah tersebut.

Sekitar tahun 2013 semasa PI mula-mula ditubuhkan, beliau mendaftar sebagai ahli PI dan sering menggunakan komputer. Kemudian, Suhaiman juga selalu menyertai latihan-latihan komputer secara percuma di PI dengan mempelajari cara-cara menggunakan komputer dengan baik. Beliau juga sering menjadi peserta sekiranya PI menganjurkan program dan latihan komputer.

Pada awalnya, beliau tidak tahu cara untuk menggunakan komputer dan internet.Ia amat menyukarkannya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Setelah menghadiri kelas pengenalan kepada internet, Klik dengan Bijak dan penghasilan akaun gmail, beliau mula membuka akaun gmail dan facebook. Suhaiman juga telah mengikuti Latihan Asas Microsoft Office yang merangkumi pembelajaran Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint. Melalui ilmu yang diperolehinya, beliau kini selangkah kehadapan jika dibandingkan dengan rakan sekolah yang tinggal berjauhan dengan PI.

Kini, pada setiap petang,Suhaiman bersama adik-adiknya akan  ke PI bukan sahaja untuk melayari internet, bahkan datang untuk mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah berbentuk IT yang diberikan oleh guru. Beliau juga sudah pandai memuat turun gambar dan menyunting  gambar yang dicari di laman internet dan ini sangat memudahkannya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum menjalani latihan ICT, Suhaiman hanya tahu asas komputer sahaja

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Melalui kelas latihan asas ICT yang diberikan, Suhaiman boleh memberi tunjuk ajar kepada rakannya tentang cara-cara memuat turun gambar, memasukkan gambar ke Microsoft Word, membuat jadual kelas menggunakan Microsoft Excel, membuat poster menggunakan Microsoft Publisher, gmail dan Facebook. Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan mencetak, fotostat dan laminate.


 

  • USAHAWAN KECIL KRAFTANGAN (DOORGIFT, GOODIES ,BUNGA TELUR DAN LAIN-LAIN)

 

 Nama 

 Norasiah Binti Taib  

 Umur

 45 Tahun

 Ahli

 2016

 

Latar Belakang

Puan Norasiah berasal dari Kota Bharu Kelantan dan menetap di Kg Sri Medang Besut Terengganu. Jarak antara rumah beliau dengan PI Kg Tembila adalah dalam 700 meter. Beliau merupakan anak ke-7 daripada 7 orang adik beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Putra, Kota Bharu bermula darjah 1 sehingga darjah 6. Seterusnya beliau memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, Kelantan. Selepas SPM, beliau menyambung pelajaran di Institut Kemahiran Mara, Sungai Petani Kedah. Beliau telah berkahwin dengan suami beliau yang merupakan anak jati Besut Terengganu. Perkahwinan beliau telah dilengkapi oleh 4 orang anak.

Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2014, apabila beliau mendapati bahawa dunia perniagaan boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan. Beliau menggunakan kemahiran beliau dalam membuat atau mengkait benang untuk dijadikan barang perhiasan seperti kopiah kanak-kanak, key chain, bunga telur dan sebagainya untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan. Di samping itu juga, beliau turut menerima tempahan jahit baju melayu dan baju kurung. Beliau nekad untuk mencari sumber kewangan sendiri untuk dijadikan wang belanja disamping dapat mengisi masa lapang. Suami dan keluarga beliau juga masing-masing memberi sokongan dan bantuan untuk menggalakkan beliau menceburi bidang ini. Sambutan yang amat menggalakkan telah diterima daripada pelbagai pihak terutamanya penduduk setempat.

Beliau turut menggunakan perniagaan dalam talian seperti aplikasi Whatsapp untuk mengiklankan kepada pelanggan disamping menjadikan PI Kg Tembila sebagai pusat khidmat internet, pusat rujukan dan tempat untuk mempelajari tentang keusahawanan. Pihak PI Kg Tembila juga merupakan pelanggan beliau.

melalui kemudahan media sosial Whatsapp, beliau dapat menambah jumlah pelanggan yang membuat tempahan Beliau berpendapat bahawa kaedah pengiklanan dalam talian atau online ini lebih cepat dan menjimatkan masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum bermulanya penglibatan PI, beliau menghadapi kesukaran untuk mempromosi di media sosial disebabkan oleh kekangan talian internet. Beliau juga sukar untuk membuat dan mencetak iklan produk untuk diedarkan kepada komuniti.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Perkhidmatan Wifi Komuniti di PI sangat membantu beliau dalam memuatnaik gambar untuk mempromosi produk beliau. Aplikasi Whatsapp juga sangat penting untuk urusan promosi. Beliau juga merupakan pengguna aplikasi Dashboard Komuniti.

 

Norasiah Binti Taib Q1 2019


 

 PELAJAR LUAR BANDAR YANG CELIK ICT

Nama : Muhd Haziq Bin Ghazali

Umur : 12 Tahun

Ahli : 2016

 

Latar belakang

Adik Haziq merupakan pelajar yang selalu berkunjung ke PI untuk menggunakan kemudahan internet dan sebagainya. Rumah beliau hanya 500 meter sahaja daripada PI Kg Tembila. Beliau merupakan anak ke-tiga daripada 4 orang adik beradik dan beliau mempunyai kembar seiras. Beliau selalu menyertai kelas ICT yang diadakan. Beliau juga seorang yang ringgan tulang kerana beliau sentiasa membantu petugas PI dalam mengemas dan menceriakan PI. 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI 

Beliau sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas PI untuk melayari internet dan dalam penggunaan Microsoft Office.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau kini berada jauh di depan berbanding pelajar-pelajar lain yang tidak aktif menyertai kelas ICT. Beliau juga banyak membantu kawan-kawan yang lain untuk melayari internet dan dalam penggunaan Microsoft Office. Selain itu, kemahiran mengedit gambar juga telah meningkat dengan baik.

Adik Haziq juga telah memiliki akaun Facebook dan Instagram. Dengan kemudahan media sosial seperti ini sedikit sebanyak telah membantu beliau dalam menambah kenalan dan juga mengetahui isu semasa.

preview

 

  • USAHAWAN KECIL PASAR MALAM

Nama

Nurul Hidayah Bt Bakri 

Umur

34 Tahun

Ahli

2019

 

Latar Belakang

Nurul Hidayah ialah seorang usahawan muda yang berniaga di Kampung Tembila. Rumah beliau terletak  7 km dari Pusat Internet Kampung Tembila. Beliau ialah seorang anak jati Terengganu berumur 34 tahun. Beliau berasal dari Kampung Gong Pasir, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kerandang dari Darjah 1 sehingga Darjah 6. Seterusnya beliau memasuki Sekolah Menengah Nasiruddin Shah. Selepas SPM, beliau menyambung pelajaran di Pusat Pendidikan Yayasan Islam Terengganu (PPYIT) di Kampung Raja. Beliau merupakan belia yang dikenali di sekitar kampung kerana beliau seorang yang rajin dalam mencari sumber kewangan.

Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2010, apabila beliau mendapati bahawa dunia perniagaan boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan. Beliau yang mempunyai kemahiran dalam membuat burger menjadi pemangkin kepada semangat beliau untuk memulakan perniagaan burger di hadapan rumahnya. Beliau nekad untuk mencari sumber kewangan sendiri untuk dijadikan wang belanja disamping dapat mengisi masa lapang. Suami dan keluarga beliau juga masing-masing memberi sokongan dan bantuan untuk menggalakkan beliau menceburi bidang ini. Sambutan yang amat menggalakkan telah diterima daripada pelbagai pihak terutamanya penduduk setempat. Kini, beliau bersama suami menjual di 5 lokasi pasar malam di sekitar Besut. 

Beliau turut menggunakan perniagaan dalam talian untuk mengiklankan kepada pelanggan iaitu melalui whatsapp disamping menjadikan PI Kg Tembila sebagai pusat khidmat internet, pusat rujukan dan tempat untuk mempelajari tentang keusahawanan. Pihak PI Kg Tembila juga merupakan pelanggan beliau kerana gerai burger tersebut hanya terletak di hadapan PI.

Melalui whatsapp, beliau sedikit sebanyak dapat menambah jumlah pelanggan yang membuat tempahan Beliau berpendapat bahawa kaedah pengiklanan dalam talian atau online ini lebih cepat dan menjimatkan masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum bermulanya penglibatan PI, beliau menghadapi kesukaran untuk mempromosi di media sosial disebabkan oleh kekangan talian internet.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Perkhidmatan Wifi Komuniti di PI sangat membantu beliau dalam memuatnaik gambar untuk mempromosi burger beliau. Aplikasi whatsapp juga sangat penting untuk urusan promosi Beliau juga merupakan pengguna aplikasi Dashboard Komuniti.

 

Nurul Hidayah Bakri


 

 

 

 

USAHAWAN DALAM PERNIAGAAN PRODUK KECANTIKAN MEERACLE

Nama : Azean Adleena Binti Zarawi

Umur : 28 Tahun

Ahli : 2018 

 

Latar belakang

Beliau merupakan anak jati Kg Pekan Sari Tembila Besut Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tembila dan telah mendapat Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak- Kanak di UM. Beliau kini telah berkahwin dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Beliau mula menjadi agen produk Meeracle untuk kawasan daerah Besut dan Setiu pada awal bulan Oktober 2018. Walaupun masih baru namun, dengan semangat dan cara promosi yang berkesan beliau telah mendapat untung yang sangat memuaskan. Antara produk beliau ialah Serum Wajah Meeracle dan Pembersih Wajah Meeracle.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau menghadapi kekangan internet menyebabkan beliau sukar untuk mempromosikan produk. Selain itu, beliau juga sukar untuk mendapatkan sokongan, panduan dan sebagainya daripada team atau kumpulan Pembimbing Meeracle.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau selalu berkunjung ke PI untuk mendapatkan kemudahan internet dan juga mencetak. Jumlah pelanggan beliau juga telah menunjukkan peningkatan.

 preview