PELAJAR LUAR BANDAR CELIK ICT / KOMUNITI PINTAR

 Nama : Nur Shahrini Binti Yahya

 Umur : 14 Tahun

 Ahli : 2014

 

Latar belakang

 Beliau berasal dari Kg Tembila yang merupakan anak dari keluarga sederhana yang menetap di luar bandar. Ayahnya sudah meninggal dunia manakala ibunya seorang suri rumah. Beliau kini meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Agama (SMA) Maarif di Kampung Raja yang terletak kira-kira 10 km dari rumah beliau.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum mendapat dedahan ICT, beliau amat lemah dalam penggunaan komputer dan kurang mahir dalam menguasai aplikasi yang terdapat di dalam komputer.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

 Selepas beliau melibatkan diri dengan PI, beliau dapat menguasai kemahiran MIcrosoft Word, Power Point, Excel dan Publisher. Dengan menguasai kemahiran seperti ini, beliau telah menjadi salah seorang pelajar yang celik IT disamping dapat menambahkan ilmu beliau untuk mempersiapkan diri menempuh masa depan.

Beliau juga dapat belajar cara-cara memprolehi maklumat berkenaan matapelajaran di laman internet. Di samping itu juga, beliau juga dapat mempelajari kaedah perniagaan atas talian, serta penghasilan resume yang menarik.

 preview

 

KEUSAHAWANAN DALAM PERUSAHAAN KEROPOK

 Nama : Siti Jamilah Binti Ripin

 Umur : 21 Tahun

 Ahli : 2017

 

Latar belakang

Beliau merupakan anak jati Kg Bukit Tanah yang merupakan anak yang ke-8 daripada 10 orang adik-beradik. Hasil daripada kepercayaan abang beliau yang memberi amanah supaya menguruskan kedai keropok tersebut sejak dari 3 tahun yang lepas telah membuahkan hasil apabila beliau barjaya menguruskan perniagaan tersebut dengan baik dan jayanya.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum beliau terlibat dalam penggunaan ICT, beliau menghadapi kesukaran untuk melayari internet. Justeru, pasaran perniagaan beliau kurang sambutan berikutan kurang promosi dan iklan serta hebahan.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Setelah beliau berkunjung ke PI, beliau mula menggunakan kemudahan Wifi Komuniti yang disediakan untuk melayari internet sebagai langkah permulaan dalam penglibatan dalam perniagaan dalam talian. Beliau juga berpendapat bahawa kemudahan yang disediakan di PI seperti cetakan dan sebagainya memudahkan segala urusan beliau bahkan sesiapa sahaja yang memerlukan.

Selain itu, melalui PI beliau juga mempelajari cara untuk membuat pemasaran atas talian seperti Facebook dan Whatsapp juga Dashboard Komuniti. Pihak PI juga membantu perniagaan beliau melalui hebahan kepada komuniti setempat.

 preview

 

PELAJAR LUAR BANDAR CELIK ICT/ KOMUNITI PINTAR

Nama : Nur Rabiatul Atasya Binti Zainudin

Umur  : 8 Tahun

Ahli     : 2014

 

Latar belakang

Beliau merupakan anak yang ke-4 dari 5 adik beradik yang berasal dari Kg Tembila. Kisahnya bermula apabila beliau bersama dengan abang-abangnya yang sering berkunjung ke PI dan berdaftar sebagai ahli. Kemudian beliau sering menyertai kelas-kelas ICT dan latihan komputer secara percuma.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI, beliau hanya tahu asas komputer sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan asas ICT yang diberikan, bukan setakat beliau memahami dengan mendalam, bahkan beliau boleh memberi tunjuk ajar kepada rakannya tentang cara-cara memuat turun gambar, memasukkan gambar ke Microsoft Word, membuat poster menggunakan Microsoft Publisher, kemahiran Gmail dan Facebook juga turut dikuasai oleh beliau.

Beliau mempelajari asas Microsoft, cara belajar secara online dan cara memuat turun gambar daripada internet. Selain itu juga, beliau turut mempelajari cara untuk mencari info yang berkaitan dengan matapelajaran. Pihak PI membantu beliau dari segi latihan ICT yang diadakan setiap minggu kepada pelajar luar bandar. Pihak PI juga memberi tunjuk ajar dalam pembelajaran secara online.

preview

 

KEUSAHAWANAN DALAM PERNIAGAAN KEDAI RUNCIT DAN STOKIS ZHULIAN

 Nama : Norazeha Binti Ismail

 Umur : 35 Tahun

 Ahli : 2017

 

Latar belakang

Beliau merupakan usahawan yang berjaya yang merupakan penduduk luar bandar. Beliau menyediakan perkhidmatan barangan runcit yang bertempat di Kampung Pekan Sari Tembila. Rumah beliau terletak dalam 800 meter dari Pusat Internet Kg Tembila.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Puan Norazeha selalu menghadapi kesukaran dalam menguruskan duit yang perlu dihantar dan diterima daripada pelanggan terutamanya. Selain itu, beliau juga hanya mempromosi produk / barangan yang dijual kepada penduduk setempat sahaja. Kaedah ini kurang sesuai dan kurang memuaskan.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas beliau berkunjung ke PI pertama kali pada tahun akhir 2016, beliau mendapati bahawa segala urusan beliau dapat diselesaikan dengan baik dengan menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PI. Beliau sering berkunjung ke PI untuk urusan perbankan dalam talian. Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan Wifi Komuniti. Selain itu, segala kemudahan seperti cetakan dan fotostat amat menyenangkan urusan beliau. Setelah beliau mula menggunakan kemahiran Multimedia dalam menghasilkan iklan yang menarik, pasaran beliau mula menunjukkan peningkatan yang baik. Pihak PI juga membantu dalam meningkatkan perniagaan beliau dengan hebahan kepada komuniti.

Beliau sering mendapat tempahan dan respon dari pelangan setelah beliau mula aktif berniaga melalui pasaran atas talian seperti Facebook dan Whatsapp. Beliau mendapati perniagaan atas talian lebih berkesan dan menguntungkan.

preview

 

USAHAWAN PERKHIDMATAN PAKEJ PERLANCONGAN

Nama : Saidi Azhar Bin Husin

Umur  : 41 Tahun

Ahli     : 2017

 

Latar belakang

En Saidi Azhar bin Husin merupakan usahawan anak jati Pekan Sari Tembila. Beliau mendapati bahawa dunia perniagaan boleh dijadikan sumber pendapatan yang kukuh. Beliau mengambil risiko yang besar kerana persaingan yang hebat sesama usahawan yang lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau menghadapi kesukaran untuk membuat penyelidikan dan kajian terhadap pakej-pakej lain yang menarik secara online dan juga sukar untuk menempah tiket penerbangan. Pemasaran perkhidmatan beliau juga kurang meluas dan tidak diketahui umum.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah berkunjung ke PI, beliau berjaya menyelesaikan kerja-kerja penempahan hotel, tempahan tiket penerbangan dengan mudah berbanding sebelum ini. Beliau juga menggunakan kemudahan Wifi komuniti (WK).

Selain itu, beliau berpendapat bahawa PI adalah satu pusat yang menyediakan segala perkhidmatan seperti mesin mencetak, fotostat dan kemudahan internet yang berkelajuan tinggi. Beliau mempelajari cara untuk membuat pemasaran online dengan lebih efektif melalui Facebook dan Whatsapp. Beliau juga mempelajari tentang Dashboard Komuniti. Pihak PI juga membantu memperluaskan jaringan pelanggan terutama kepada komuniti setempat.

preview