MAHIR DALAM PENGGUNAAN KOMPUTER DAN INTERNET

Nama 

Nur Eliesya Elyana Binti Yahya 

 Umur

 13Tahun

 Ahli

 2016

 

Celik IT Nur Elisya Elyana Bt Yahya

 

Latar belakang

Nur Eliesya Elyana Dayana merupakan anak sulung dari 3 orang adik beradik. Adik Eliesya Elyana merupakan seorang yang aktif disekolah dan juga aktif menyertai mana-mana program yang dianjurkan terutama bersama Pusat Internet. Beliau cukup aktif dalam Persatuan Kadet Polis dan juga aktif dalam aktiviti sukan bola baling di sekolah.

Beliau selalu datang ke PI untuk menggunakan komputer dan penggunaan internet. Setelah menghadiri kelas pengenalan kepada internet, Klik dengan Bijak dan penghasilan akaun gmail, beliau mula membuka akaun gmail dan facebook. Beliau juga telah mengikuti Latihan Asas Microsoft Office yang merangkumi pembelajaran Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint. Melalui ilmu yang diperolehinya, beliau kini selangkah kehadapan jika dibandingkan dengan rakan sekolah yang tinggal berjauhan dengan PI.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau seorang yang teragak-teragak untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan bersama Pusat Internet.Beliau juga agak bergantung dengan ibunya kerana beliau selalu berdamping bersama ibunya di Pusat Internet untuk menyertai sebarang aktiviti.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan asas ICT yang diberikan dan selalu menyertai program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Adik Eliesya Elyana boleh menggunakan komputer dan internet dengan cekap. Beliau sudah pandai bergaul dan mempunyai rakan-rakan semasa berada di PI.Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan mencetak, fotostat dan laminate.

 


 

USAHAWAN KECIL CHOCOJAR VIRAL

Nama 

Nor Maisarah Binti Aluwi 

 Umur

 20 Tahun

 Ahli

 2020


tokeyCOCOJAR

 

LATAR BELAKANG

Beliau berasal dari Kg Gong Jelutong dan dan merupakan pelajar universiti tempatan. Beliau membuat jualan tersebut secara sampingan sambil belajar untuk mencari duit poket sendiri.

Beliau merupakan anak ke 2 daripada 6 orang adik beradik dan ayah beliau dalam keadaan yang tidak sihat. Justeru itu, beliau mengambil keputusan untuk mencari pendapatan sendiri dengan menjual pelbagai jenis Chocojar.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau  tidak didedahkan dengan media sosial sebagai tempat saluran promosi produk dan tempat untuk mencari maklumat berkaitan alternatif pengiklanan dan kurang kreativiti dalam promosi produk jualan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sudah pandai membuat cetakan untuk tujuan promosi produk. Beliau juga pandai dalam mempelajari teknik pemasaran produk melalui penggunaan media sosial.

 

COCOJAR  COCOJARFB

 


 

 

 

 

 

USAHAWAN PERTANIAN FERTIGASI TERBUKA CILI

 Nama 

Nur Hidayah Binti Naraddin  

 Umur

 28 Tahun

 Ahli

 2014

 

k1

 

Latar Belakang

Beliau berasal dari Kg Tempinis dan mempunyai seorang cahaya mata dengan perkahwinan beliau dengan pasangannya yang juga berasal dari Besut Terengganu. Beliau memulakan perniagaan pertanian ini pada awal tahun 2017 dengan bermodalkan anggaran RM 20 ribu apabila mendapati  perniagaan merupakan sumber utama dalam menjana pendapatan.

Pertanian jenis cili beliau mengikut musim, satu musim adalah dalam 6 bulan. Bermakna setahun hanya dua musim sahaja. Beliau mendapat pulangan sebanyak RM25 ribu dalam satu musim. Keluarga beliau sangat membantu dan memberi galakkan kepada beliau untuk terus bertani.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Beliau tidak didedahkan dengan media sosial sebagai tempat saluran promosi produk dan tempat untuk mencari maklumat berkaitan tanaman seperti penggunaan baja dan sebagainya.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Beliau sudah pandai membuat cetakan untuk tujuan promosi produk. Beliau juga pandai dalam mempelajari teknik pemasaran produk melalui penggunaan media sosial selain mencari maklumat yang berkaitan pertanian dan bantuan kewangan secara atas talian.

 

      k2     k3

 


 

 

USAHAWAN KECIL MENJUAL PELBAGAI JENIS BURGER VIRAL

Nama 

Nor Atirah Binti Aluwi 

 Umur

 22 Tahun

 Ahli

 2020

 

burger kentang1

 

Latar Belakang

Beliau berasal dari Kg Gong Jelutong dan perniagaan merupakan sumber utama dalam menjana pendapatan. Beliau dibantu oleh suami beliau dalam menguruskan perniagaan jualan burger tersebut.

Beliau memulakan perniagaan dengan modal serendah RM 300.00 untuk menyediakan bahan-bahan keperluan memasak serta bahan-bahan masakan.. Beliau bersama suami memulakan perniagaan seawal jam 4.00 petang sehingga kehabisan stok bekalan yang disediakan untuk dalam kawasan sekitar dan juga di kawasan Kg Raja, Gong Kepas dan sebagainya dengan perkhidmatan cod atau penghantaran. Pelanggan beliau kebanyakkan membuat tempahan melalui Whatsapps untuk memudahkan proses penyediaan burger supaya lebih cepat dan berjalan lancar.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Beliau hanya menggunakan komputer dan penggunaan internet secara asas sahaja. Beliau juga tidak didedahkan dengan media sosial sebagai tempat saluran promosi produk mereka.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Beliau sudah pandai membuat cetakan untuk tujuan promosi produk. Beliau juga pandai dalam mempelajari teknik pemasaran produk melalui penggunaan media sosial seperti menonton video You Tube.

 burger kentangFB           COCOJARMYSHOP

 


 

MAHIR DALAM PENGGUNAAN MICROSOFT WORD & EXCEL

Nama 

 Siti Nor Yunus  

 Umur

 37 Tahun

 Ahli

 2020

 

87378261 2459398934322748 4502139308425084928 o

 

Latar Belakang

Puan Siti Nor berasal daripada Kampung Sri Tembila. Jarak rumahnya hanya 1000 m dari Pusat Internet Kampung Tembila. Beliau merupakan ibu kepada 2 orang anak. Beliau merupakan seorang pekerja kilang papan sebagai kerani manakala suami beliau merupakan buruh kasar. Beliau menerima pendidikan awal di Tadika Kemas Kg Tembila. Kemudian, bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tembila dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila.

Beliau mendaftar sebagai ahli PI pada tahun 2020 dan sering menyertai latihan-latihan komputer secara percuma di PI seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Power Point.

Pada awalnya, beliau tidak tahu cara untuk menggunakan komputer dan internet. Hal ini  amat menyukarkannya untuk melakukan kerja kerana beliau bekerja sebagai kerani di sebuah kilang papan di kawasan Seri Medang. Beliau perlu membuat pengiraan dan jadual yang tersusun dengan menggunakan perisian Microsoft Word dan Excel untuk memudahkan tugasan kerja beliau di kilang tersebut. 

Beliau mula menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menggunakan perisian tersebut. Beliau juga sudah pandai memuat turun gambar dan menyunting  gambar yang dicari di laman internet dan ini sangat memudahkannya untuk mengemaskan tugasan kerja beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum menjalani latihan ICT, Puan Siti Nor hanya tahu asas komputer sahaja seperti menonton video dari YouTube.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Melalui kelas latihan asas ICT yang diberikan, Puan Siti Nor boleh memuat turun gambar, memasukkan gambar ke Microsoft Word, membuat jadual menggunakan Microsoft Excel, membuat poster menggunakan Microsoft Publisher, gmail dan Facebook. Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan mencetak, fotostat dan laminate.