NAMA : ADAM DANIAL BIN MOHD SUKRI

UMUR : 12 TAHUN 

AHLI    : 2019

 

                                                                      preview

LATAR BELAKANG

Adik Adam Danial berasal daripada Kampung Tembila. Jarak rumahnya adalah dalam 500 m sahaja dari PEDi. Beliau merupakan anak ke-enam daripada 7 orang adik- beradik. Bapanya merupakan seorang petani dan ibunya merupakan guru kafa.

Beliau mula mengunjungi PEDi pada tahun 2019 apabila menemani kakak dan abang beliau untuk membuat tugasan dan menggunakan kemudahan di PEDi. Kemudian, beliau mendaftar sebagai ahli  dan sering menggunakan komputer. Kemudian, beliau selalu menyertai latihan-latihan komputer secara percuma di PEDi dengan mempelajari cara-cara menggunakan komputer dengan baik. beliau juga sering menjadi peserta sekiranya PEDi menganjurkan program dan latihan komputer. Keaktifan beliau dalam menyertai program PEDi harus dipuji.

 

Pada awalnya, seperti kanak-kanak lain beliau tidak tahu cara untuk menggunakan internet.Ia amat menyukarkannya beliau untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Setelah menghadiri kelas pengenalan kepada internet, Microsoft Office, Klik dengan Bijak dan sebagainya beliau mula menunjukkan peningkatan yang baik. Beliau juga menyertai kelas IT yang lain seperti penghasilan akaun gmail. Kini beliau telah memiliki akaun gmail dan facebook. Malah beliau juga memiliki akaun Instagram. Melalui ilmu yang diperolehinya, beliau kini selangkah kehadapan jika dibandingkan dengan rakan sekolah yang tinggal berjauhan dengan PEDi.

 

Kini, hampir setiap hari, beliau bersama rakan-rakan akan ke PEDi bukan sahaja untuk melayari internet, bahkan datang untuk mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah berbentuk IT yang diberikan oleh guru. Beliau juga sudah pandai memuat turun gambar yang dicari di laman internet dan ini sangat memudahkannya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu, beliau juga aktif menyertai tuisyen yang disediakan di PEDi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menjalani latihan ICT, Adam hanya melihat komputer rakan-rakannya sahaja dan berkongsi menonton channel Youtube

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan asas ICT yang diberikan, Adam sekarang mampu menggunakan komputer, memasukkan gambar ke Microsoft Word, membuat jadual kelas menggunakan Microsoft Excel, membuat poster menggunakan Microsoft Publisher dan Canva, dan merekacipta akaun Gmail dan Facebook. Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan mencetak, fotostat dan laminate.

 

 

 

Nama 

 Nurfathin Aleeya Binti Mohd Jafri  

 Umur

 19Tahun

 Ahli

 2020

 

WhatsApp Image 2020 11 15 at 10.56.50

 

 

Latar belakang

 

Fathin berasal daripada Kampung Pak Mentosa, Tembila. Jarak rumahnya hanya 800 m dari Pusat Internet Kampung Tembila. Beliau merupakan anak sulung daripada 7 orang adik beradik. Beliau merupakan seorang pelajar IPTA UITM Dungun.

Bermula PKP adik Fathin sering mengunjungi PI untuk sesi pembelajaran secara atas talian. Beliau menggunakan zoom meeting untuk sesi pembelajaran kelas secara atas talian.

Pada awalnya, beliau agak segan sedikit untuk berkunjung di PI memandangkan beliau tidak biasa. Lama-kelamaan beliau dapat menyesuaikan diri di PI bersama dengan staf petugas PI.

Pada awal beliau tidak pandai menggunakan zoom metting & google meet, setelah diberi tunjuk ajar beliau sudah pandai menggunakan untuk sesi pembelajaran. Beliau juga sering bertanya dan petugas banyak memberi tunjuk ajar termasuk dalam penggunaan Microsoft Office yang beliau biasa tidak guna sebelum ini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjalani latihan ICT, adik Fathin agak segan dan malu bertanya. Beliau juga tidak mesra pengguna.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kini sudah pandai bawa diri dan tidak lagi malu untuk bertanya malah lebih mesra bersama dengan staf petugas PI. Beliau juga sering mengunjungi PI untuk sesi pembelajaran dan juga minta petugas sebagai tempat yang sesuai dan selamat untuk dikunjungi.

 


 

USAHAWAN POPIA CHEESE DENGAN TUDUNG BAWAL

Nama 

 Ayunajihah Binti Azli  

 Umur

 23 Tahun

 Ahli

 2016

 

157481315 486394066059299 8051757662046995741 n

 

 

Latar belakang

Beliau berasal dari Kg Sri Medang dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Makanan daripada institusi tempatan. Beliau merupakan anak ke-4 daripada 6 adik beradik. Sifat dan semangat beliau dalam mencari sumber pendapatan disamping belajar di universiti patut dibanggakan dan dijadikan teladan oleh masyarakat sekeliling.

Pada mulanya beliau hanya membantu mak saudaranya sebagai agen dalam menjual Golden Salted Egg, setelah itu beliau terasa teruja dan semangat untuk teruskan menjual melalui pelbagai platform sosial media. Kini beliau telah menjadi agen kepada Tudung Bawal Kekabu dan juga Popia Nestum Sedak Ratoh.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Beliau  kurang pendedahan platform promosi produk dan tempat untuk mencari maklumat berkaitan kreativiti secara effektif dalam pengiklanan produk.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Beliau menggunakan kemudahan perisian Microsoft yang terdapat dalam komputer PIK untuk membantu merekacipta pamplet atau poster produk beliau. Beliau juga pandai dalam mempelajari teknik pemasaran produk melalui penggunaan media sosial.

 

5   4  6  


 

 

USAHAWAN KECIL SEBAGAI PENIAGA AYAM GORENG DAN BEBERAPA MAKANAN & MINUMAN YANG BERTAPAK DI TAPAK PASAR MALAM 

Nama 

 Muhamad Aizat Bin Ahmad

 Umur

 28 Tahun

 Ahli

 2020

 

ijat

 

Beliau berasal dari Kg Chendering, Kuala Terengganu. Beliau berhijrah dan menetap di Besut setelah berkahwin dan membuat keputusan untuk bekerja sendiri iaitu berniaga. Keputusan tersebut adalah berdasarkan musim Covid-19 yang telah melanda Malaysia sejak tahun lepas lagi menyebabkan susah untuk mencari kerja.

Beliau memulakan perniagaan dengan modal hampir RM1500.00 untuk menyediakan bahan-bahan basah serta bahan-bahan kering. Pada awalnya beliau hanya menjual Ayam Goreng RM 1 dan minuman sahaja. Namun selepas itu beliau berjaya menjual Roti John beserta Waffle.

Keluarga beliau sangat menyokong dan sentiasa bersama-sama beliau dalam menjalankan perniagaan tersebut. Kedai beliau beroperasi pukul 10 pagi sehingga 6 petang setiap hari kecuali hari Jumaat.

 

                          ayam siya   fb ayam


 

USAHAWAN SECARA ATAS TALIAN MELALUI PLATFORM SHOPEE, MENJUAL GULA MELAKA, IKAN BILIS DAN TEPUNG KEK SEGERA

Nama 

 Nor Hasniza Binti Ismail 

 Umur

 25 Tahun

 Ahli

 2019

 

hasniza

 

Latar belakang

Beliau berasal dari Kg Kubang Ikan dan menetap bersama ibu beliau. Beliau merupakan anak ke-7 daripada 9 orang adik beradik. Apabila ayah beliau meninggal dunia, beliau menetap di kampung untuk menjaga ibu beliau yang kini sudah semakin tua. Beliau merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda dari university tempatan.  Kekangan pekerjaan di kampung menjadi pendorong kepada beliau memulakan perniagaan demi menambah sumber pendapatan yang halal untuk menampung keperluan harian dan sebagainya.

Pada awalnya beliau hanya menjual manisan atau gula Melaka melalui platform Shopee. Kemudian apabila perniagaan beliau menunjukkan peningkatan, beliau mula menjual beberapa jenis produk lagi seperti Kerepek Peria Ranggup, Tepung Kek Coklat dan banyak lagi. Beliau aktif dalam memasarkan produk melalui media sosial dan juga mempromosi kepada komuniti setempat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau  tidak didedahkan dengan media sosial sebagai tempat saluran promosi produk dan tempat untuk mencari maklumat seperti cara untuk menarik pembeli dan sebagainya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sudah pandai menguruskan serta memasarkan produk beliau dengan lebih kreatif.

 

produk jualan hasnizashopee Hasniza