USAHAWAN DALAM TALIAN SHOPEE YANG MENJUAL PELBAGAI PRODUK SEPERTI MINYAK UBAT MODEN MMG, PEYEK GOLDEN SALTED DAN KEROPOK KERING.

Nama 

 Wan Naemah Binti Wan Ismail 

 Umur

 43 Tahun

 Ahli

 2020

 

my shop

 

Latar belakang

Beliau berasal dari Kg Seri Medang dan mempunyai 5 orang cahaya mata. Walaupun beliau seorang suri rumah tangga, beliau mempunyai semangat dan cita-cita untuk mempunyai sumber pendapatan sendiri. Beliau berjaya merebut peluang apabila memulakan langkah pertama dengan menjadi agen jualan dan seterusnya memasarkan produk melalui perniagaan atas talian Shopee.

Beliau memulakan perniagaan dengan modal dalam anggaran RM300.00 untuk dijadikan modal awal. Beliau berusaha memasarkan produk jualan beliau menerusi talian seperti Whatsapp, Facebook dan juga kepada komuniti dikawasan sekitar selain menggunakan platform Shopee.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak pandai menggunakan komputer dan penggunaan internet. Beliau juga tidak didedahkan dengan media sosial sebagai tempat saluran promosi produk mereka.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sudah pandai membuat cetakan untuk tujuan promosi produk mereka. Beliau juga pandai dalam mempelajari teknik pemasaran produk melalui penggunaan media sosial.

 

produk jualanshopee Naimah

 


 

Nama 

 Aishah Binti Mohd Jafri  

 Umur

 12Tahun

 Ahli

 2020

 

Aishah

 

Latar belakang

Aishah berasal daripada Kampung Pak Mentosa, Tembila. Jarak rumahnya hanya 800 m dari Pusat Internet Kampung Tembila. Beliau merupakan anak ke 4 daripada 7 orang adik beradik. Beliau merupakan seorang pelajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Tembila.

Adik Aishah sering mengunjungi Pusat Internet bersama rakan-rakan yang lain yang sesi pembelajaran bersama rakan-rakan. Beliau juga pernah menyertai latihan-latihan komputer secara percuma di PI seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Power Point dan Dashboard Komuniti.

Pada awalnya, beliau agak segan sedikit untuk berkunjung di PI memandangkan beliau tidak punya kawan yang ramai. Lama-kelamaan beliau telah biasa apabila terdapat kawan baru hasil perjumpaan di PI.

Kini, beliau mula menunjukkan peningkatan dalam kemahiran komputer serta perisian seperti Microsoft Word, Excel, Publisher dan sebagainya. Beliau juga sudah pandai memuat turun gambar dan menyunting  gambar yang dicari di laman internet dan ini sangat memudahkannya untuk menyiapkan tugasan dari sekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjalani latihan ICT, adik Aishah agak pendiam dan pemalu. Beliau juga tidak ramai kawan dan kurang keyakinan diri.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kini semakin berani bercakap dan punyai ramai kawan dari sebelum ini. Beliau juga semakin berkeyakinan tinggi dalam pembelajaran bersama rakan-rakan dan beliau juga semakin mahir dengan penggunaan komputer dan penggunaan internet. Beliau juga sudah mempunyai akaun Facebook sendiri dan semakin kedepan dengan keberanian dan keyakinan diri.

 


 

USAHAWAN KECIL SEBAGAI AGEN SIMKAD TONE EXCEL DAN MINYAK WANGI BADAN.

Nama 

 Mohamad Naquiddin Bin Ab Razak 

 Umur

 23 Tahun

 Ahli

 2019

 

Naquiddin 1

 

Latar belakang

Beliau berasal dari Kg Kubang Ikan dan merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik. Beliau juga memulakan perniagaan dengan modal serendah RM100.00 sebagai modal untuk mendapatkan simkad. Manakala untuk produk minyak wangi adalah dalam RM150 sebagai modal. Beliau mengambil peluang untuk menceburi bidang perniagaan kecilan sebagai agen untuk mendapatkan keuntungan untuk bekalan duit poket tanpa mengharapkan duit daripada orang tua beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya menggunkan platform Facebook dan Instagram sebagai tempat promosi produk.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau diajar berkenaan peluang perniagaan melalui platform Shopee dan sebagainya.

 

 Naquiddin 2     Naquiddin 3

 


 

MAHIR DALAM PENGGUNAAN ASAS KOMPUTER & ASAS MICROSOFT WORD

Nama 

 Sham Bin Abdullah 

 Umur

 13Tahun

 Ahli

 2017

 

adik sham

 

Latar belakang

Adik Sham berasal daripada Kampung Pak Mentosa, Tembila. Jarak rumahnya hanya 700 m dari Pusat Internet Kampung Tembila. Beliau merupakan anak ke 3 daripada 5 orang adik beradik. Beliau merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila.

Beliau mendaftar sebagai ahli PI pada tahun 2017 dan sering menyertai latihan-latihan komputer secara percuma di PI seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Power Point dan Dashboard Komuniti.

Pada awalnya, beliau tidak tahu cara untuk menggunakan komputer dan internet. Hal ini  amat menyukarkannya untuk melakukan kerja sekolah dan menonton video youtube. Beliau hanya datang dan meminta kawan untuk membuka komputer dan laman internet seperti YouTube. Beliau juga tidak mahir menggunakan tetikus.

Kini, beliau mula menunjukkan peningkatan dalam kemahiran komputer serta perisian seperti Microsoft Word, Excel, Publisher dan sebagainya. Beliau juga sudah pandai memuat turun gambar dan menyunting  gambar yang dicari di laman internet dan ini sangat memudahkannya untuk menyiapkan tugasan dari sekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjalani latihan ICT, adik Sham hanya boleh menonton video dari sumber Youtube sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan asas ICT yang diberikan, beliau boleh memuat turun gambar, memasukkan gambar ke Microsoft Word, membuat jadual menggunakan Microsoft Excel, membuat poster menggunakan Microsoft Publisher, gmail dan Facebook. Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan mencetak, fotostat untuk tugasan sekolah.

 


 

 

USAHAWAN KECILAN AGEN JUALAN GOLDEN SALTED EGG PEYEK

 Nama 

 Nurul Shahida Bt Rasmadi 

 Umur

 21 Tahun

 Ahli

 2017

 

shahida 1

 

Latar belakang

Beliau berasal dari Kampung Tembila dan menetap bersama keluarganya. Beliau menamatkan pembelajaran peringkat rendah dan menengah di Sekolah Kebangsaan Tembila dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila. Beliau menjalankan perniagaan ini sebagai sampingan mencari duit poket disamping menyambung pelajaran di institusi tempatan

Bidang perniagaan yang semakin menjadi sumber pendapatan dan pilihan majoriti telah menjadi pendorong kepada beliau untuk menceburi bidang ini dan menjana pendapatan sendiri. Beliau hanya mengeluarkan modal sedikit sahaja iaitu dalam RM 100.00 dan apabila mendapat untung beliau mula menambahkan modal untuk mendapatkan lebih banyak untung.

Antara pelanggan beliau ialah terdiri daripada kawan-kawan dan penduduk disekitar kampung.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau  tidak didedahkan dengan platform seperti My Shop dan Shopee sebagai tempat saluran promosi produk.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau aktif menggunakan platform perniagaan seperti Shopee dan bertambah pelanggan.

 

  shahida 3  shahida 2